Posts

STICKY POST

PATUT BERSYUKUR BILA ANAK MENANGIS (SAMBUNGAN)

Teks : Iryani Ahmad
Dalam ramai-ramai anak yang kuat menangis, saya perasan ada seorang dua anak yang kelihatan baiktidak menangis. Saya rasa kagum melihat anak ini yang tidak mudah menangis. Bila lapar tak menangis, tak menggigit kawannya, tak mengamuk bila mainannya dirampas dan tak menangis jika ditinggalkan ketika ibu ayahnya melambai mahu pergi kerja.
Saya hanya bertugas sebagai pembantu pegasuh iaitu hanya membantu pengasuh utama yang saya panggil ibu kerana umurnya yang sebaya dengan ayah saya dan berpengalaman mengasuh bayi lebih 20 tahun. Kata ibu, anak yang macam itu bukan baik, tetapi perlu diberi perhatian khusus. Anak-anak pada peringkat umur ini tidak ada yang baik atau jahat. Semuanya masih dalam keadaan fitrah.
Oh, baru saya faham kalau anak yang kuat menangis, sikit-sikit menjerit dan susah nak dipujuk bukanlah anak yang nakal atau jahat. Anak ini sedang dalam fasa perkembangan sihat yang sepatutnya ia begitu. 
Petua ibu, semasa bermain galakkan anak-anak ini banyak meran…

PATUT RASA BERSYUKUR BILA ANAK KECIL ANDA MENANGIS MENGAMUK MELALAK

Teks : Iryani Ahmad
Pada setiap pagi, saya kena masuk awal ke taska pusat asuhan bayi dan kanak-kanak tempat saya bekerja separuh masa 10 tahun yang lalu. Lagi-lagi pagi Isnin. Pukul 6.30 pagi dah terpacak kat situ. Selalunya pukul 6.30 pagi dah dikira lambat. Ada pekerja yang datang sebelum azan Subuh. Lepas solat Subuh, terus siap sedia bekerja. Pagi-pagi biasanya kena mop lantai, masak air panas sebanyak-banyaknya untuk dibuat stok air susu bayi dan air mandi suam-suam. Maklumlah takde water heater dan Cuckoo zaman tu. Sekarang ni senang dah ada Cuckoo, nanti contact saya tau untuk pasang terus. Eh? Melalut pulak...
Lepas dah siap kemas-kemas tu, pekerja akan duduk kejap bertafakur. Tenangkan diri sebelum gelombang alunan suara riang anak-anak datang menemani hingga lewat petang. Nak bekerja dengan anak-anak kecil ni, tenaga, semangat, fikiran dan semualah kena macam anak kecil juga. High energy! Kalau pagi-pagi dah lemau, alamatnya nanti anak-anak menjerit menangis, pengasuh pun men…

LAYAN ANAK PERTAMA SEPERTI ANAK BONGSU

Teks : Iryani Ahmad
Besarnya jasa menjadi anak pertama. Segala-galanya tentang anak pertama adalah pengalaman pertama buat ibu dan ayah. Sayu rasa bila anak pertama yang masih bayi bakal menjadi abang atau kakak sebab ibu akan melahirkan bayi tak lama lagi.
Bila lahirnya adik baru, kita sebagai ibu ayah sedaya upaya nak berlaku adil. Walaupun ibu masih lemah lepas melahirkan, tak pernah lupa betapa sayangnya dia pada anak pertama. Anak pertama yang masih sangat kecil belum faham apa yang berlaku di sekelilingnya.
Dia sangat rindukan belaian kasih sayang ibu dan ayahnya. Masih belum mengerti mengapa ibu hanya terbaring lemah. Dia tak faham dari mana datangnya bayi comel yang selalu ada di sisi ibu. Dia menangis kerana mahu dipeluk dan didukung.
Dia tak tahu, ibu pun menangis sebab nak curahkan kasih sayang padanya. Tapi ibu tak mampu. Ibu masih terasa penat dan tak berdaya lepas melahirkan. Lalu dia pergi kepada ayah. Ayah mendukungnya dan memeluknya. Ayah bagitahu sekarang dia ada adik ia…

APA NAK BUAT BILA ANAK TERJATUUH ATAU TERHANTUK?

Teks : Iryani Ahmad
Nama pun anak kecil kan. Memang tak sah kalau tak terjatuh atau terhantuk. Kita masa kecil-kecil dulu macam itu juga. Anak kecil suka nak mencuba macam-macam aktiviti sampai tak perasan nak terjatuh atau terlanggar sesuatu kerana otaknya yang sedang berkembang dan dia tak dapat mengagak apa yang bakal terjadi seterusnya.
Perkara pertama jika anak kecil terjatuh atau terhantuk mana-mana, cepat-cepat pergi kepadanya selepas terdengar dia menangis. Tanyakan sahaja di mana tempat dia berasa sakit walaupun masih bayi sebagai tanda menunjukkan simpati. Lalu, tengokkan tempat sakitnya samada lebam atau luka. Dapatkan rawatan segera jika parah di klinik berhampiran. Jika lebam sahaja, biasanya saya cuma sapu balm Calm Time daripada Tasneem Naturel dan cepat sahaja lebam reda dalam tempoh sehari.
Pada minggu lepas, anak saya yang paling kecil terlanggar dahinya di lantai dan terus lebam biru. Memang menangis kuat jugalah. Saya terus mendukungnya dan basuhkan kepalanya dan memu…

BLOG BARU

Teks : Iryani Ahmad
Assalamualaikum semua. Lamanya tak bersiaran. Harapnya semua yang membaca tulisan saya ni sihat dan bahagia selalu. Masih menulis selalu tapi tak sempat nak update kat blog ni. Banyak sangat dah bersawang. Hari ni, jom la kita kemas rumah.






Alhamdulillah saya masih menulis cuma kat website orang lain sebagai ghostwriter. Ada juga menulis di page. Setakat ni ada 16 page facebook yang saya handle sebagai admin atau editor untuk tulis status copywriting menjual atau artikel pendek. 
Dari mana saya suka menulis ni? Semua ni asbab tunjuk ajar guru-guru saya sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, unniversiti dan guru semuanya yang tak jemu dorong saya sampai saya minat sangat menulis. Terima kasih mama, cikgu, ustazah, teacher, ummi, doktor, kak mas dan suami. 
Saya teringat lagi masa tadika tulis tentang kawan baik. Saya cuma tulis nama kawan depan meja dan sebab apa saya suka kawan dengan dia. Sebab dia suka bagi pinjam pensel. Pendek je kan? Masa kat universiti me…

Menu Makanan Rawatan Kanser

Image
Oleh : Iryani Ahmad

Merujuk kepada Chef Brian dan juga nasihat daripada National Cancer Society Malaysia dalam buku yang bertajuk 101 Menu Pesakit Kanser. Pesakit kanser selalunya mengamalkan cara pemakanan yang kurang sesuai kerana mereka hanya mengambil makanan yang dianggap sihat.

Contohnya seperti apa yang sering dikaitkan dengan pemakanan sihat termasuklah gizi yang :

Kaya dengan buah-buahan , sayur-sayuran, bijiran dan gandum penuh
Daging dan hasil tenusu dalam kuantiti sederhana
Kuantiti kecil lemak, gula dan garam.

Namun, bila sudah disahkan ada kanser, pesakit terpaksa kena makan secukupnya agar bertenaga untuk berdepan dengan kesan sampingan daripada rawatan. Pesakit perlu lebih protein dan kalori selain diserikan dengan lebih telur, susu dan bahan tenusu.

Jika ada masalah menguyah atau menelan, bolehlah menambahkan kuah atau sos. Kadang-kadang pesakit mungkin perlu makanan yang lebih rendah kandungan seratnya.

Rawatan kanser direka untuk membunuh sel-sel kanser. Namun, ia j…

Resepi Panna Cotta Pandan

Image
Oleh : Iryani Ahmad

Resepi ni saya ambil daripada Chef Brian. Dulu pernah join gathering Chef Brian ni kat Cyberjaya dengan geng masak Kak Farrah Rahim. Pandai dia olah masakan. Masa tu saya makan kek bayam tanpa tepung. Separuh kek saya makan! OK, tanpa buang masa, meh saya share resepi asal Italy ni sebenarnya tau! 

Ni menu merawat pesakit kanser. Siapa kata orang sakit tak boleh makan sedap? Tapi kenalah dengan bahan dan cara memasaknya kan? Menus ni boleh dihidang untuk 4-5 orang.


Resepi Panna Cotta Pandan





Bahan-bahan :

300ml susu
200ml santan
3 sudu besar gula perang
2 helai daun pandan diikat
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar gelatin
75gram gula melaka
garam secukup rasa

Cara membuatnya : 

1. Satukan dan panaskan semua bahan kecuali gelatin dan gula merah. Biar menyejuk sedikit supaya rasa pandan dapat diekstrak.

2. Ambil 1/4 cawan campuran tersebut dan campur dengan gelatin. Biarkan gelatin mengembang dan tuang kembali ke dalam campuran asal. Sejukkan dalam bekas plastik kecil dalam peti sejuk…