BLOG BARU


Teks : Iryani Ahmad
Assalamualaikum semua. Lamanya tak bersiaran. Harapnya semua yang membaca tulisan saya ni sihat dan bahagia selalu. Masih menulis selalu tapi tak sempat nak update kat blog ni. Banyak sangat dah bersawang. Hari ni, jom la kita kemas rumah.






Alhamdulillah saya masih menulis cuma kat website orang lain sebagai ghostwriter. Ada juga menulis di page. Setakat ni ada 16 page facebook yang saya handle sebagai admin atau editor untuk tulis status copywriting menjual atau artikel pendek. 

Dari mana saya suka menulis ni? Semua ni asbab tunjuk ajar guru-guru saya sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, unniversiti dan guru semuanya yang tak jemu dorong saya sampai saya minat sangat menulis. Terima kasih mama, cikgu, ustazah, teacher, ummi, doktor, kak mas dan suami. 

Saya teringat lagi masa tadika tulis tentang kawan baik. Saya cuma tulis nama kawan depan meja dan sebab apa saya suka kawan dengan dia. Sebab dia suka bagi pinjam pensel. Pendek je kan? Masa kat universiti memang menangis tulis tesis. Lagi-lagi pulak ambil subjek matematik, jenuh nak menulis sampai 100 mukasurat. Tapi tetap tak sampai 100. Campur mukasurat depan belakang dan gambar rajah sampai 85 je. Boleh la kan. 

Sampai sini dulu ya. Nanti ada masa jemputlah lawat blog baru saya kat sini http://tasneemnaturelbangi.blogspot.com






Comments

Popular posts from this blog

PATUT RASA BERSYUKUR BILA ANAK KECIL ANDA MENANGIS MENGAMUK MELALAK

LAYAN ANAK PERTAMA SEPERTI ANAK BONGSU