Sunday, May 19, 2013

Sihir Akhir Zaman [14.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Akhir zaman yang penuh fitnah ni dipenuhi dengan segala aktiviti sihir yang sangat aktif. Sihir bukan sahaja yang berkaitan dengan rohani malah sihir yang paling terkenal pada akhir zaman ini ialah sihir teknologi. Apakah sihir teknologi? 

Segala penggunaan alatan teknologi yang serba maju pada zaman ini dilengkapi dengan teknologi sihir. Em, macamana pula tu? 

Menurut seorang sifu di perkampungan muslim beradat, andai ada satu berita yang tersebar di laman mukabuku katakan, begitu ramai sekali umat yang kongsikan perkara itu tanpa mengetahui perkara sebenarnya dari sumber yang sahih. Kebanyakannya akan melopong percaya ketika pertama kali membaca berita tersebut. Inilah kesan kuatnya pengaruh sihir.

Jadi, bagaimana cara nak mengubatinya? Caranya adalah kurangkan masa berdepan dengan alat ini. Lebihkan masa dengan mendekati Allah dengan jalan mujahadah melawan nafsu yang satu ini. Nafsu untuk melihat alat di tangan sebaik sahaja bangun tidur. Nafsu untuk membuka peti surat di laman maya ketika masa senggang. Kata beliau, perbanyakkanlah berzikir.

Zikir itulah makanan terbaik buat umat di akhir zaman ini. Zikir menenangkan hati seperti firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 205-206.

Wallahua'lam.


Post a Comment