Tuesday, July 2, 2013

Khasiat Habbatussauda

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Habbatussauda juga dikenali sebagai biji jintan hitam. Al-Bukhari mengatakan bahawa biji jintan hitam bersifat panas dan kering. 

Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis terkenal yang mengatakan :

" Biji hitam adalah untukmu kerana ia adalah ubat bagi semua penyakit kecuali mati. " - Hadis ini juga dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim.


Kepentingan habbatussauda

Di kalangan rakyat berbangsa Melayu beragama Islam di Malaysia, tak ramai yang menyedari tentang betapa pentingnya habatussauda dalam proses penyembuhan. Sayang sekali, sangat ramai orang tak tahu tentang biji jintan hitam atau habbatussauda ini. Sebenarnya masih ramai yang tak memiliki keyakinan terhadap kemampuan habbatussauda dalam proses penyembuhan yang Allah berikan sebagai hadiah untuk manusia.

Meskipun, banyak hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menceritakan tentang kualiti penyembuhan habbatussauda, ramai orang Islam tak percaya tentang khasiatnya sebagai vitamin tambahan ataupun sebagai ubat.

Jangan terkejut sekiranya mengetahui sebenarnya masih ramai orang Islam terutamanya di negara kita yang tak pernah membaca hadis Nabi S.A.W tentang habbatussauda. Ramai orang lebih suka menjadi penagih ubat-ubat farmasi. Mereka suka dan selalu minum ubat tetapi tak pernah benar-benar sembuh sepenuhnya. Mereka selalu hairan mengapa mereka selalu mengalami kekurangan stamina, tenaga dan sering sakit-sakit walaupun mereka makan secara teratur dan mengambil vitamin di farmasi. 

Ubah !

Sekarang, sudah tiba masanya untuk kita sebagai umat Islam mula membaca hadis Nabi S.A.W dan ubah cara hidup secara kesuluruhannya mengikut cara Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Letakkan kepercayaan kepada Nabi Muhammad S.A.W! Mari ikuti jalan pintas untuk kembali sihat!

Sejarah Biji Jintan Hitam


  1. Golongan Mesir kuno menggunakan biji jintan hitam dan menyebutnya sebagai ubat mujarab, iaitu ubat untuk pelbagai masalah dan penyakit.
  2. Raja Tutankhamun memiliki sebotol minyak habbatussauda ini di dalam kuburnya.
  3. Bangsa Rom menyebutnya sebagai ketumbar Yunani, digunakan sebagai makanan tambahan.
  4. Pada abad pertama, Dioscoredes seorang doktor Yunani merekodkan data tentang penggunaan biji jintan hitam bagi mengubati sakit kepala, hidung, sakit gigi dan masalah cacing.
  5. Ibnu Sina menulis risalah tentang The Canon of Medicine dan menyatakan biji jintan hitam merangsang tenaga untuk tubuh dan membantu masalah keletihan.
  6. Biji jintan hitam adalah jamu tradisional yang digunakan selama ribuan tahun oleh masyarakat yang tinggal di Timur Tengah, Asia dan Afrika.
  7.  Menurut kajian oleh seluruh universiti antarabangsa di seluruh dunia, pelbagai artikel telah diterbitkan menerusi pelbagai jurnal dan menunjukkan hasil yang luar biasa hebat terhadap penggunaan tradisional biji jintan hitam.
  8. Biji jintan hitam tumbuh secara liar di Mesir, Syria, Turki dan Balkan.
  9. Dalam Bahasa Arab, disebut sebagai Nigella Sativa yang bermaksud biji yang diberkati.
  10. Biji jintan hitam adalah tanaman dari keluarga Ranunculaceae (Buttercup).


Sumber : Rasulullah is My Doctor
Post a Comment