Tuesday, July 16, 2013

Khasiat Susu Kambing

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Kebanyakan ibu sangat runsing apabila bayi telah bercerai susu. Susu apakah yang terbaik untuk diberikan kepada anak setelah mereka berusia 2 tahun? Pernahkah anda mendengar bahawa susu yang terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing? Para ilmuwan Islam yang bijak pandai telah pun mengkaji tentang hal ini sejak dahulu lagi. Mereka berpendapat susu kambing adalah yang paling berkhasiat benbanding susu haiwan ternakan lain.

Alhamdulillah, pengalaman sendiri setelah setahun memberi anak minum susu kambing setelah beliau bercerai susu benar-benar membuka mata hati saya. Benarlah bahawa setiap apa yang disunnahkan oleh nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W pasti memberi keberkatan dan manfaat untuk kita sendiri nikmati. Tidak ada lagi yang lain boleh dibandingkan. Hanya sesiapa yang mengamalkan sahaja yang boleh merasainya.




Susu kambing ialah minuman semulajadi yang paling seimbang kerana mempunyai nutrien yang kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Selain itu, ia juga mempunyai kalori yang tinggi.

Allah telah pun menjelaskan dalam Al-Quran tentang khasiat susu kambing iaitu di dalam surah al-Mukminun, ayat 21 yang bermaksud :

" Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu padanya ada iktibar penting bagi kamu. Kami beri kamu minum daripada susu yang ada di dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah padanya dan sebahagian daripadanya juga kamu makan."

Penyelidikan terkini oleh pakar pemakanan dan perubatan secara saintifik menunjukkan susu kambing kaya dengan unsur-unsur yang diperlukan oleh badan. Antaranya ialah :


  1. Susu kambing sangat mudah dihadamkan oleh perut kerana molekul protein dan lemaknya yang sangat halus dan lembut. Justeru, ia sangat mujarab bagi orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman, gastrik dan ulser. Malah, boleh juga diberikan pada bayi yang berumur 1 tahun ke atas.
  2. Mencegah penyakit diabetis kerana susu kambing segar mempunyai silikon dan fluorin.
  3. Kandungan mineral selenium yang tinggi dalam susu kambing sangat baik dalam membantu melawan virus.
  4. Susu kambing lebih mudah hadam oleh usus kerana kandungan laktosa yang lebih rendah sebanyak 7% daripada susu haiwan ternakan lain. Sesuai diberikan pada kanak-kanak yang alah pada susu lembu.
  5. Riboflavin dalam susu kambing sangat baik dalam merawat demam kuning, penyakit asma, sakit kulit, sakit perut, dan sukar tidur malam.
  6. Kandungan asid lemak yang baik iaitu asid capric dan asid caprylic dapat meningkatkan tenaga dan sistem pertahanan badan dari jangkitan kulat.
  7. Kandungan bioorganik sodium yang kaya dalam susu kambing dapat melambatkan proses penuaan dan mengurangkan masalah keradangan sendi.
  8. Susu kambing mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi. Manakala sodium yang rendah dapat menjadikan tekanan darah menjadi normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  9. Susu kambing tidak menimbulkan alahan.
  10. Susu kambing boleh mengelakkan sembelit.

Sumber : Menerokai Kegemilangan Saintis Islam


Post a Comment