Tuesday, July 9, 2013

Sahabat dari Syurga

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Pada minggu lepas, terlepas kerinduan di hati setelah bertemu dengan sahabat dari syurga. Saya suka gelar mereka sahabat dari syurga kerana akhlak mereka yang sangat baik seolah-olah Allah baru turunkan mereka dari syurga. MasyaAllah.



Rasa sangat beruntung kerana dapat berkawan dan dikelilingi individu yang mempunyai akhlak yang masyaAllah sangat hebat. Saya doakan semoga sahabat-sahabat saya ini benar-benar dapat menjadi penghuni Syurga Allah yang kekal abadi dan dapat menjadi sahabat saya juga di sana nanti, ameen.

Pada pandangan peribadi saya setelah berkawan lebih 10 tahun dengan mereka, keistimewaan yang ada pada akhlak mereka hingga saya sanggup menggelar mereka sahabat dari syurga adalah :


  1. Bercakap yang baik-baik sahaja
  2. Tidak mengumpat
  3. Tidak mencaci dan menghina saya atau orang lain
  4. Sentiasa berazam kuat untuk sentiasa menjadi hamba yang baik di sisi Allah
  5. Solat di awal waktu
  6. Bijak dan berilmu
  7. Sentiasa memafkan 
  8. Sangat ikhlas
  9. Selalu bantu ketika saya dalam kesusahan atau sedih
  10. Sangat cantik jelita
dan sangat banyak lagi saya nak senaraikan. Apa yang penting, rasa sangat tenang dan bahagia apabila bersama mereka. Fitrah manusia yang Allah cipta memang sangat suka pada benda yang baik-baik. Jadi, saya memang suka berkawan dengan mereka yang sangat-sangat baik ini. 

Baik lagi Baik

Percayalah, sikap mereka yang sangat baik itu sentiasa mempengaruhi saya untuk berusaha menjadi semakin baik lagi. Jika anda kenal mereka pun, pasti akan terdorong sama untuk menjadi dan berubah menjadi seorang individu yang baik.

# Sangat beruntunglah suami, anak, ibu bapa, adik-beradik dan keluarga kepada sahabat-sahabat saya ini kerana memiliki seorang yang sangat berakhlak mulia lagi baik umpama bidadari dari syurga. 

Hadis Nabi S.A.W

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy'ari, bahawanya Rasulullah S.A.W telah berkata :

" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat adalah umpama orang yang menjual air wangi, dan tukang besi peniup api. Penjual minyak wangi samada dia memberi kau sedikit ataupun kau membeli daripadanya ataupun kau mencium daripadanya bau yang wangi. Sedang tukang besi peniup api, samada dia akan membakar pakaianmu ataupun kau mencium bau yang busuk daripadanya. "



Post a Comment