Thursday, September 12, 2013

Penyakit Pelik Zaman Moden

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti teringin nak anak. Cahaya mata adalah hadiah paling bermakna tanda kasih sayang antara suami isteri. Lepas kahwin, suami akan berhubungan intim dengan isteri sepuas-puasnya hingga isterinya hamil. Mula-mula tak datang bulan, disangkakan sudah hamil. Rupa-rupanya bukan, malah ketumbuhan lain pula yang timbul pada rahim.




Penyakit Pelik

Pada zaman dikatakan moden ini, sangat banyak kes-kes penyakit pelik yang muncul. Antara yang saya ingin kupas adalah penyakit pelik terhadap kaum wanita. Asal mengandung mesti ada sekali ketumbuhan cyst atau fibroid. Masalah pada rahim dan tak subur dah jadi perkara biasa pada kaum wanita zaman ini. Justeru banyaklah syarikat-syarikat yang menjual vitamin, makanan dan minuman tambahan mengambil peluang atas masalah ini. Tak dilupakan juga teknologi korset untuk membunuh sel kanser. Aduhai...

Sedih dan pilu melihat keadaan ini. Apakah yang tidak kena. Jika lihat pada hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, semua penyakit berasal daripada perut. Kemungkinan besar faktor yang mempengaruhi penyakit zaman sekarang berpunca daripada gaya pemakanan.

Kita sering terikut-ikut gaya pemakanan yang menjadi trend masakini. Terutama sekali gaya pemakanan yang selalu ditonjolkan oleh media. Maka, dengan penuh nafsunya kita pun tak sabar mahu menjamah lalu membeli makanan tersebut. Hebatnya pengaruh iklan apatah lagi dilakonkan oleh model cantik dan kacak makan dengan penuh berselera.

Selain itu, tuntutan kos hidup yang tinggi di bandar menyebabkan kebanyakan kaum wanita perlu bekerja untuk membantu keluarga. Setelah pulang ke rumah, tugas di rumah perlu dilakukan juga. Berkejaran mahu memasak, menguruskan anak dan rumahtangga. Badan menjadi kelelahan dan tiada lagi tenaga yang tinggal. Justeru nasihat daripada pakar tentang pengambilan multivitamin pun diterima pakai. 

Pemakanan Sunnah

Persoalannya, adakah kita mengikut gaya pemakanan sunnah mengikut acuan yang dipandu oleh Nabi Muhammad S.A.W? 

Bapa Perubatan Islam iaitu Ibnu Sina telah lama menjelaskan di dalam kitab perubatannya yang tersohor iaitu Al Qanun fii Ath Thib tentang maksud kesihatan bagi manusia. Kitab ini telah digunapakai dalam bidang perubatan sejak berabad-abad lamanua.Tubuh badan manusia adalah multi-dimensi. Kekuatan kesihatan manusia bergantung pada 4 faktor iaitu : 


  1. 50% spiritual
  2. 20% mental
  3. 20% emosional
  4. 10% fizikal
Faktor spiritual memainkan peranan besar dalam hal kesihatan manusia iaitu sebanyak 50%. Manakala faktor fizikal hanya menyumbang yang paling sedikit iaitu 10% sahaja. Hal ini bermakna orang yang selalu bersangka baik pada Allah dan optimis mempunyai peluang cerah untuk sembuh daripada orang yang selalu berkeluh-kesah.

Hakikatnya, ciptaan Allah adalah yang paling sempurna di alam ini. Justeru tubuh badan yang sempurna diciptakan Allah telah mempunyai sistem yang sempurna dalam hal penyembuhan penyakit. 

Makanan Sunnah


Memetik kata-kata Hipocrates iaitu "Make your food be medicine and your medicine be your food".

Menurut Dr Husen Ahmad Bajery dalam bukunya yang berjudul " Tubuh Anda adalah Doktor yang Terbaik" menjelaskan, badan kita mempunyai kemampuan yang tinggi ketika sakit. Oleh itu, tubuh badan memerlukan nutrisi dan gizi yang mencukupi untuk menyembuhkan diri sendiri. Nutrisi itu terdapat melalui apa yang kita makan.

Teknologi dan kemudahan yang berada di sekeliling kita memaksa kita selalu mengambil jalan mudah. Terus mencuba produk yang sudah ada di pasaran dan mmempunyai testimoni hebat daripada pengguna. Perubatan sunnah yang menggunakan makanan sunnah seringkali menjadi pilihan terakhir dalam berikhtiar.

Adakah kita sudah mematuhi etika dalam adab-adab perubatan mengikut nasihat Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W?

Daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersabda :

" Sesiapa dirawat dengan ubat yang dihalalkan oleh Allah, maka dia akan sembuh. Akan tetapi sesiapa dirawat dengan ubat yang diharamkan oleh Allah, maka dia tidak akan sembuh".

Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W telah banyak kali menyebut dalam hadisnya melarang sekeras-kerasnya penggunaan ubat haram seperti arak, darah dan bangkai!

Fitrah orang yang sakit memang mahu sembuh secepat yang mungkin. Ada hikmahnya Nabi melarang kita berbuat demikian kerana hal itu sebaliknya membawa penyakit yang lebih dasyat lagi disebabkan mengandungi elemen yang merosakkan dan melemahkan pancaindera. 

Dr. Muhammad Bin Abdullah bertegas di dalam bukunya yang bertajuk " As-Suyuthti's Medicine of The Prophet", jika orang yang kehilangan akal, maka hilanglah imannya. Jika dia kehilangan iman, maka nerakalah tempatnya. Na'udzubillahi min dzalik.

Beliau turut menjelaskan fakta tentang ubat haram ini tidak diketahui oleh mana doktor atau nabi-nabi sebelum ini. Hanya Nabi Muhammad S.A.W yang memerhatikan tentang fakta ini. Doktor pada zaman selepas itu mengakui kurma Ajwa adalah ubat bagi racun-racun yang sejuk dan inilah sebabnya Allah menghilangkan kebaikan Arak.

Madu

Terdapat banyak hikmah mengapa Allah ciptakan di sesuatu tempat berlainan antara satu sama lain tumbuhan, sayuran dan haiwannya. Semuanya adalah manfaat untuk manusia itu sendiri. Cukuplah dengan hanya melihat perbezaan tumbuhan dan haiwan di antara negara-negara di dunia ini. Ia sudah cukup membuatkan diri terasa kerdil di sisi Tuan Punya Dunia.

Firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 190 :

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAh) bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAh" 

Begitu juga perbezaan yang terdapat pada madu. Selalunya ada sebab mengapa Allah jadikan madu di sesuatu tempat berlainan dengan madu di tempat lain. Contohnya madu di Syria tidak sama dengan madu di Malaysia.

Kandungan di dalam kurma dan madu, adanya zat neulik yang berfungsi sebagai penyerap kepada bahan-bahan asing di dalam darah, seterusnya menjadikan bahan tersebut bahan kumuhan. Ia dapat dijadikan bahan penyah toksin yang berada dalam badan. Boleh baca lanjut tentang khasiat dan cara pemakanan madu di sini. Khasiat Madu.

Cuma di sini, apa yang penting adalah kita tahu dan faham setiap tindakan kita, insyaALLAH selamat dan dirahmati Allah.

Iklan :
mula belajar membina blog di sini :

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)




Post a Comment