Monday, November 11, 2013

Kuruskan Badan dengan Makan Kurma


Baru-baru ini, saya ada mendengar di radio tentang khasiat buah kurma. Memang banyak khasiatnya. Tambahan pula, inilah makanan para nabi yang terbukti berkhasiat untuk tubuh badan kita. Antara khasiatnya adalah memberikan sumber tenaga yang cepat diserap dan memberi kekuatan imun.

Dalam buku Berubat Dengan Buah Tamar yang ditulis oleh Ahmad Salim Baduwailan, banyak betul khasiat kurma yang tidak diketahui sebelum ini.  Ok, berbalik kepada tajuk artikel tentang cara nak kuruskan badan dengan makan kurma. Mesti ramai yang suka dengan tips ini kan. Sebab ia mudah dan menjimatkan wang.

Mudah sahaja caranya, iaitu menjadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Kalau sebelum ni makan malam anda dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk, cuba gantikannya dengan kurma. Waktu makan kurangkan pengambilan nasi dan makanan berat. Waktu malam, kita kurang gunakan tenaga sebab waktu malam biasanya hanya berehat sahaja. Cuba cara ini dalam masa sebulan, anda pasti akan nampak hasilnya. Badan bukan sahaja akan menjadi kurus, tetapi juga sihat.

Ini kerana buah kurma sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Kalau anda nak tahu, buah kurma  kaya dengan Potassium yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Bukan itu sahaja, kalau boleh makanlah kurma tanpa perlu membuang kulitnya kerana pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.

Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah. Asingkan buah kurma daripada bijinya, campurkan dengan lobak merah dan susu rendah lemak. Pastikan susu tersebut sejuk agar dapat mengurangkan rasa muak kerana jus yang akan terhasil akan menjadi agak pekat. Setelah dicampurkan anda boleh terus minum.

Siapa sangka dengan buah kurma kita dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. 

Sumber : 

http://hairul.com/blog/tips-cara-kuruskan-badan-dengan-kurma-makanan-para-nabi/
http://rapi.karangkraf.com/sihat-a-z/kurma-boleh-kuruskan-badan-1.179418

[Iklan]

Beli kurma di sini : Sedapnya Makanan Sunnah
Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Jom baca buku agama & motivasi di sini : I & I BookStore
Jom berubat dengan makanan sunnah di sini : Sedapnya Makanan Sunnah
Jom makan coklat di sini : Chocolates By Iryani
Jom jadi ahli keluarga di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Post a Comment