Wednesday, May 29, 2013

Kanak-kanak Dan Coklat [18.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google



Semasa dia pada zaman kanak-kanak, dia tak pernah makan coklat dan gula-gula. Baiklah, ini pelik. Dia tak akan minta kalau saya makan coklat di depannya. Saja buat dia cemburu. Dia tak kisah dan terliur pun.

Apa yang dia selalu makan dan suka makan? Nasi dan buah. Nasi kosong pun boleh. Semua buah dia suka. Mungkin inilah kesan baik yang dia terima. Putih betul giginya.

Jadi, kanak-kanak dan coklat tak boleh jadi sinonim. Sebab dia tak peduli pun.

Tuesday, May 28, 2013

Hanya Sebiji Coklat [17.05.13}

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Dengan nama Allah  Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....



Siapa ada pengalaman tak tidur sepanjang malam? Sewaktu masih belajar dahulu, perkara biasa tak tidur malam kerana mahu menyiapkan kerja sekolah. Sanggup tak tidur malam semata-mata tak mahu kena marah oleh guru. Saya tak suka kena marah oleh guru.

Kuasa minda akan mempengaruhi apa yang kita suka buat. Contohnya orang yang suka memikat burung. Dia sanggup berjemur di tengah panas dan bunyikan suara seperti burung. Semata-mata mahu memikat burung. Dia rasa tenang dan terhibur dengan aktiviti tersebut. Dia tak rasa panas yang membahang itu sebagai suatu beban  walaupun peluh membasahi seluruh tubuhnya.







Sunday, May 19, 2013

Sihir Akhir Zaman [14.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Akhir zaman yang penuh fitnah ni dipenuhi dengan segala aktiviti sihir yang sangat aktif. Sihir bukan sahaja yang berkaitan dengan rohani malah sihir yang paling terkenal pada akhir zaman ini ialah sihir teknologi. Apakah sihir teknologi? 

Segala penggunaan alatan teknologi yang serba maju pada zaman ini dilengkapi dengan teknologi sihir. Em, macamana pula tu? 

Menurut seorang sifu di perkampungan muslim beradat, andai ada satu berita yang tersebar di laman mukabuku katakan, begitu ramai sekali umat yang kongsikan perkara itu tanpa mengetahui perkara sebenarnya dari sumber yang sahih. Kebanyakannya akan melopong percaya ketika pertama kali membaca berita tersebut. Inilah kesan kuatnya pengaruh sihir.

Jadi, bagaimana cara nak mengubatinya? Caranya adalah kurangkan masa berdepan dengan alat ini. Lebihkan masa dengan mendekati Allah dengan jalan mujahadah melawan nafsu yang satu ini. Nafsu untuk melihat alat di tangan sebaik sahaja bangun tidur. Nafsu untuk membuka peti surat di laman maya ketika masa senggang. Kata beliau, perbanyakkanlah berzikir.

Zikir itulah makanan terbaik buat umat di akhir zaman ini. Zikir menenangkan hati seperti firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 205-206.

Wallahua'lam.


Saturday, May 18, 2013

Kembara Ilmu [13.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Kenangan menempuh perjalanan untuk kembara ilmu utara-selatan beberapa tahun lepas benar-benar mengajar kami erti insan luar biasa. Daripada petikan majalah Gen-Q,

" Beranikan diri untuk mengembara! Anak muda yang mempunyai masa dan tenaga, kembara ilmu akan menjadikan kita insan luar biasa."

Kami ini si miskin yang tinggal di bandar. Allah swt. Kalau difikirkan pada masa itu, gaji suami yang masih kecil takkan cukup untuk menampung kehidupan hingga ke hujung bulan. Alhamdulillah, sentiasa ada berlebihan. Masih punya ruang untuk pergi ke majlis taklim di masjid. Ketika beras dan bekalan bahan mentah dah habis di dapur, ada sahaja makanan mewah yang disediakan di sana. Hasil sedekah hartawan lagi dermawan.

Allah swt bagi nikmat yang paling besar iaitu nikmat sihat. Tak pernah pula kami sakit sepanjang tempoh getir itu. Wang yang ada cukup untuk fotostat bahan-bahan pengajian yang diperlukan. Beli alat-alat tulis yang berkaitan.

Anak riang peneman belajar pula sentiasa ceria tak meragam. Seolah-olah mengerti si ibu tak punya banyak masa untuk melayannya. Masa yang ada digunakan semaksimumnya untuk menelaah. Keperluan bayi hanya beli ketika usianya mulai satu tahun. Sangat banyak sedekah dan hadiah yang diterima untuk keperluan bayi cukup untuk bekalan setahun. Allahuakbar!

Pengalaman ini sangat luar biasa hebatnya. Kesan tarbiah secara langsung dari Allah swt membuatkan diri suami terutamanya sangat kuat kebergantungan kepada-Nya. Ketika mula berkeluh kesah kerana mula terasa lelah berulang alik dari selatan ke utara setiap bulan, suami meyakinkan bahawa rezeki itu semua datang dari Allah swt. Subhanallah.

Warna-Warni [12.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Allah menciptakan alam ini penuh dengan warna. Pelbagai warna yang memikat hati terdapat pada alam sekeliling. Cuba bayangkan jika alam ini diciptakan tanpa warna. Ia akan akan tetap indah terpesona kerana ciptaan Tuhan yang Maha Esa adalah yang paling sempurna.



Bait-bait lirik pada lagu di bawah didendangkan oleh kumpulan anak muda tanah air (NowSeeHeart) :


Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan beburung rimba
Berterbangan bebas 
di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya 
sinaran sang mentari hari

Di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna

Friday, May 17, 2013

Rindu [11.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad

Wahai Allah, jadikanlah hati aku sentiasa rindu untuk bertemu dengan kekasih-Mu, Muhammad S.A.W.

"Pernah rasa rindu pada seseorang ?

Sebelum rasa rindu tu, mesti kita dah rasa sayang pada dia kan? Sebelum rasa sayang, mesti dah kenal dia kan? Kalau tengah mabuk rindu tu, tersebut je nama dia mesti dah melayang fikiran.

Samalah juga pada kekasih Allah ini. Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mesti kenal dulu. Nak kenal, kena banyak baca tentang baginda S.A.W. Mesti selalu sebut namanya. Selawat ke atasnya."

Begitulah petikan nasihat seorang naqib di Baitul Qanaah.

Allah. Kerdilnya rasa diri ini. Beruntungnya orang yang memiliki hati yang sangat rindu pada Rasulullah S.A.W.


Monday, May 13, 2013

Senipis Kulit Muka [10.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google


Kebanyakan wanita sanggup berhabis banyak duit demi kulit muka yang nipis ini. Kalau duit itu mencecah hingga ribuan ringgit pun tak mengapa. Mengapa saya katakan nipis? Pernahkah anda semua terutamanya wanita mengkaji sistem kulit anda sendiri? 




Ramai dari kita tak memikirkan apakah kesan jangka masa panjang akibat penggunaan bahan kosmetik atas kulit kita ini. Penggunaan bahan sintetik yang berterusan boleh mengakibatkan muka menjadi semakin nipis dan semakin sensitif, kemerahan, rasa pedih dan rasa seperti terbakar.



Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita harus ambil berat tentang kesan air whuduk pada wajah. Ia mempunyai kesan aura dan terapi bukan sahaja pada wajah malah untuk seluruh minda dan tubuh juga. Biasa selepas berwhuduk kita akan berasa lebih segar dan tenang. Selepas seharian penat melakukan aktiviti harian, dengan berwhuduk akan dapat mengeluarkan debu, peluh dan kotoran daripada liang kulit muka. Kesannya akan kelihatan kulit wajah yang lebih putih dan berseri. Nah, tak perlu lagi krim pemutih muka di pasaran.

Apa yang paling penting adalah kita bukan sahaja mahu kulit muka kelihatan cantik dan berseri, mesti juga dilimpahi cahaya iman. Cuba amalkan doa daripada surah An-nur, ayat 35. Mudah-mudahan wajah kita semakin cantik berseri dengan cahaya iman, InsyaAllah.

Kenangan Coklat Zaman Budak-budak [10.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google




Semasa berada pada alam kanak-kanak riang, rasa seronok yang teramat sangat kalau dapat makan coklat. Paling seronok kalau dapat makan dengan adik beradik sewaktu dalam perjalanan balik ke sekolah. Habislah muka yang comel comot dihiasi coklat. Baju sekolah yang serba putih pula pasti ada terkena kesan cap tangan coklat.


Coklat yang ada pada zaman tu hanyalah bebola coklat yang keras. Di dalamnya disertakan dengan mainan comel. Lepas makan coklat boleh main. Itu yang lebih seronok sebenarnya.

Kemudian, keluar pula jenama coklat nyam-nyam. Melihat namanya sahaja sudah terasa mahu makan. Mungkin namanya yang unik iaitu nyam-nyam. Haha


Coklat ini mahal sedikit pada masa itu. Bebola beras katanya dimakan dengan coklat. Haha


Thursday, May 9, 2013

Berlapang Dada [09.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad

Perkongsian daripada Prof Dr. Harlina Halizah Siraj. Pergeseran dan perselisihan pendapat sering berlaku dalam interaksi seharian manusia.Dengan akal fikiran kritis yang dikurniakan Allah SWT, manusia tidak mungkin mahu jadi Pak Turut sepanjang masa. Sudah menjadi adat dan fitrah, manusia mahu pandangannya didengari dan dihormati, pendapat dan cadangan mereka mendapat pertimbangan sewajarnya oleh orang lain.Perasaan mudah merasa kecewa sekiranya idea ditolak. Hati menjadi pedih luka terhiris bila ada bantahan dan bangkangan kepada apa yang di cadangkan.

Dek kerana tidak mahu terluka dan rasa dihina, ramai antara kita memilih untuk menurut sahaja, senang cerita! Sekalipun tidak bersetuju di dalam hati, wajah pura-pura menyimpulkan senyuman, kepala diangguk-angguk mengiyakan tanda setuju. Namun dihati, terpendam dendam kesumat yang membusuk. Kononnya mahu menjaga keharmonian dan tidak mahu menimbulkan kekusutan, tetapi akhirnya, perasaan negatif yang dipendamkan hanya akan mencetuskan tindakan negatif pula pada satu ketikakelak. Memilih untuk mendiamkan diri dari meluahkan ketidakpuasan hati ,bimbang nanti pihak yang satu lagi akan berkecil hati dengan tindakan kitamenzahirkan rasa, menandakan hubungan silaturrahim yang belum mantap tahap ukhuwwahnya. Menghindari konflik  secara inidikatakan  manifestasi sebuah hubungan komunikasi yang kurang sejahtera atau dysfunctional.

Alangkahbaiknya sekiranya kita berani menyuarakan pandangan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Sekiranya ada tentangan dari pihak yang kurang bersetuju, berikanlah laluan sepenuhnya untuk mereka menyatakan pandangan, kerisauan dan kekaburan yang mencetuskan pilihan mereka untuk tidak bersetuju dengan cadangan kita itu.Kemudian, dengan penuh keikhlasan, perjelaskan mana yang masih belum berapa jelas. Sekiranya masih tidak bersetuju, inilah saatnya kita perlu mengambilsikap berlapang dada dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Tiada gunanya kita memaksa orang lain menerima pakai segala cadangan dan kehendak kita,seolah-olah pandangan kita sahajalah yang benar dan patut dilaksanakan. Masakan mungkin seorang manusia biasa yang penuh kelemahan ini mendabik dada,mengatakan hanya dia seorang yang serba arif, paling tahu dan mampu dalam segala urusan. Apa yang menyedihkan, perpecahan dan keretakan semakin ketara,sehingga wujud beberapa kumpulan yang saling bercakaran. Komuniti terbahagi kepada beberapa kem – berlaku tarik-menarik antara ahli masyarakat untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan. Setiap ahli mesti mengisytiharkan pihak mana yang dianggotainya – jika tidak, maka terasinglah kehidupan sekeluarga.Slogan yang didokong - `Kalau anda tidak bersama kami, anda tentunya bersama mereka  (pihak lawan)!’

Meraikan pandangan dan menghargai cadangan orang lain, adalah satu ciri penting yangmesti ada dalam diri pemimpin yang inovatif dan berdaya saing. Sifat merendah diri ini sebenarnya tercetus dari ketinggian akhlak yang kudus dan keikhlasanhati yang jernih. Hati yang bersih tidak mudah dihinggapi penyakit hasad dengki, riya dan takabbur. Jiwa yang besar tidak mudah disempitkan oleh rasa takut kehilangan pengaruh. Malahan untuk mendidik hati supaya mampu  , kita haruslah mempunyai sikap yang betul terhadap segala teguran dan kritikan yang ditujukan kepada kita. Anggaplah itu sebagai satu   dan tarbiah yang datangnya dari Allah SWT, yang sentiasa memimpin dan membimbing insan terpilih dengan hidayah dan taufik-Nya.

Kembali kepada fitrah Islam yang menitikberatkan kesederhanaan, kesejahteraan, keamanandan keharmonian ini, sememangnya akan menimbulkan perasaan lapang dada dantenang fikiran. Dalam konteks yang sama, rasa sempit dada, resah dan gelisahberpunca dari keengkaran manusia untuk mengikuti jalan yang telah digariskanoleh Allah SWT. Sebagaimana yang dirakamkan dalam Surah  Al An’aam, ayat ke 125 yang mafhumnya :

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikankepadanya hidayah (petunjuk), nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima)Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allahmenjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit.Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman."

Melatih diriuntuk sentiasa berlapang dada adalah mujahadah yang perlu diutamakan, demi sebuah kehidupan bermasyarakat yang aman damai dan tenteram. Mendidik diri untuk meraikan pandangan orang lain dan dalam masa yang sama perlu berani pula untuk menegakkan pendapat sendiri , bukanlah sesuatu kemahiran yang boleh diraih sewenang-wenangnya. Setelah puas berbincang dan lawas mengutarakan hujah serta pandangan, sekiranya masih belum ada titik pertemuan, setuju untuk tidak bersetuju dan menghormati pandangan pihak lain adalah langkah paling wajar yang perlu diambil. Selepas sesi perdebatan itu, kedua pihak seharusnya meneruskan persahabatan seperti biasa, bukannya beredar dengan dendam kesumat permusuhan.Tindakan ini menunjukkan tahap kematangan dan profesionalisme yang tinggi.

Tidak juga dinafikan,ada kalanya individu yang mempunyai buah fikiran yang berbeza itu gagal menyampaikan pandangannya dengan cara berhikmah dan bersopan-santun, khususnyajika yang dibangkang itu pandangan seseorang yang jauh lebih berumur da nberpengalaman. Suasana menjadi tegang, apabila perbincangan menjadi hangat dan si anak muda tidak berhenti-henti menggasak dengan idea baru dan inovatif,memandang rendah kepada gaya dan pendekatan yang diambil selama ini. Lebih parah, sekiranya si anak muda mengambil tindakan mendedahkan kelemahan dan kesilapan di tengah khalayak umum, sehingga jatuh air muka pihak yang lebihveteran dan senior. Masih perlukah berlapang dada dalam situasi ini? Masih adakah yang mampu untuk mengambil sikap berlapang bila berhadapan dengan kerenah ini?

Dalam apa jua suasana, akhlak pendakwah tidak boleh lari dari apa yang diperintahkan olehAllah SWT di dalam Al-Quran dan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.Perhatikan mafhum surah An-Nahl : ayat 125 :


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mudengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yangbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yangtersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yangmendapat petunjuk."

Perlulah ada bimbingan dan tunjuk ajar dari golongan yang lebih senior untuk memperbetulkan pendekatan si anak muda yang bersemangat dan pantang dicabar ini. Dengan kebijaksanaan yang dikongsi, bersama pengalaman yang menggunung,  hubungan sejahtera mampu dijalin dan dipereratkan. Untuk mewujudkan suasana harmoni, kedua belah pihak – sama ada yang dianggap senior atau √≤tai' yang lebih berpengalaman atau `otai’dan juga golongan mudayang lebih bersemangat – perlulah mempunyai sifat berlapang dada. Sifat terpuji ini terhasil dari keyakinan bahawa kepelbagaian pandangan dan pendekatan perlu dicanai dan digabungkan untuk menghasilkan idea yang jauh lebih menyerlah dan inovatif. Kebijaksaan orang tua digabungkan dengan kecergasan orang muda - hasilnya tentu menjadi!

Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk mendidik diri agar mampu berlapang dada sepanjang masa dan ketika.  Amin

Rasa Cukup dengan Allah swt [08.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google



Perkongsian daripada Ustazah Norhafizah Musa. Beliau menasihati kita semua agar perbanyakkan membaca ayat 129, surah attaubah, sekurang-kurangnya 7 hari sekali. InsyaAllah...hidup kita akan benar-benar merasa cukup dengan Allah dan Allah mempercukupkan segala-galanya untuk kita.


Motivasi Tengahari [07.05.2013]



Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google




Pada waktu tengahari yang terik ini, saya memerlukan ayat motivasi untuk mengembalikan minda yang segar.


La Hawla wa la Quwatta illa Billah (There is no Might or Power except with Allah)

[the above is] a treasure from the treasures of Paradise.

Sahih al-Bukhari; al-Fath al-Bari #11:213, Sahih Muslim #4:2076

Pesanan Buat Ibu [06.05.2013]

Teks : Iryani Ahmad
Sumber : Page Ustazah Norhafizah Musa

Ibu-ibu, kalau pandang anak2...berurusan dgn mereka..bergaul dgn mereka, cuba hadirkan 4 perkara:

I. Pandanglah mereka sebagai hasil tangan kita...pandang mereka sebagai tanggunjawab kita
2. Pandang mereka dengan belas ihsan kerana adanya kecuaian kita pada mereka.
3. Pandanglah mereka dgn kasih sayang kerana andai mereka merasai kekurangan kasih kita...mereka tak akan jumpa gantinya pada yang lain. ( selain Allah dan rasul).
4. Pandanglah mereka sebagai aset kita dunia dan akhirat, supaya harapan kita terus segar dan tidak kecewa dgn segala usaha.

Untuk diri saya, jom sama-sama pastikan kita menjadi ibu yg lebih baik dari semalam.


Saturday, May 4, 2013

Menjual Kuih Raya [05/05/2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Sendiri

Menjual kuih raya setiap tahun memang ditunggu-tunggu selalu. dah mula menjual semenjak tahun 2006. Setiap kali tibanya bulan puasa, rakan-rakan dan keluarga pasti akan bertanyakan tentang kuih raya. ini adalah strategi bisnes yang menarik dan dilakukan secara konsisten. Penjenamaan diri dengan kuih raya dah dibuat selama 6 tahun. 



Jadi, tahun ini adalah masa yang paling sesuai merancang semula. 


Sudah pasti ada kuih raya coklat. Kudapan ini yang paling laku dan paling sedap sekali. Emping jagung bersalut coklat. Rahsianya tentulah dibuat dari coklat yang bermutu tinggi. Hanya RM20 sahaja. Murah. Sebalang pasti tak cukup. Kalau mahu cuba-cuba rasa, sila bagitau . percuma! :)


Didik Minda Separa Sedar [04/05/2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Tahukah anda minda separa sedar memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita setiap hari? sini. Minda separa sedarlah yang melakukan tugasan ini dengan kehendak Allah S.W.T. Contoh lain, berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam bisnes, menjadi jutawan, memiliki aset jutaan ringgit, memiliki beribu buah rumah sewa dan lain-lain.

Sebelum ini ada dikongsikan tentang rahsia bersalin tak koyak. Boleh klik sini. dikatakan teknik pernafasan dan mesti kelihatan tenang semasa bersalin. Ini semua berkait dengan minda separa sedar juga. Semua teknik ini mestilah dilatih setiap hari.



Ketika anak anda bayi, mereka berada di alam minda separa sedar. Jika mereka dah mumayyiz, kanak-kanak ini dah berada pada minda sedar. Islam sendiri sangat mengambil berat dalam tugas pendidikan awal kanak-kanak. Pada usia inilah waktu paling kritikal dalam tempoh hayat seseorang manusia. Cuba kaji kisah hidup Rasulullah S.A.W, para salafussoleh dan ilmuwan Islam yang berjaya. Mereka telah diasuh dengan program yang sangat baik ketika mereka masih kecil lagi. Sebagai mak ayah, tentulah kita nak yang terbaik buat anak-anak. Jadi, gunakan waktu kritikal ini mendidik minda separa sedar mereka dengan pendidikan Al-Quran seperti yang disarankan dalam Islam.



Thursday, May 2, 2013

Bersama-sama ke Syurga [03/05/2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Sendiri

Wahai anak-anakku. Erti hidup ini adalah Allah bagi peluang pada kita semua supaya dapat masuk syurga. Mari kita masuk ke syurga bersama-sama sayangku. 



Prinsipnya mesti jelas. Jika di dunia ini, kalian makan bersama. Tidur bersama. Mandi bersama. Main bersama. Masuk ke syurga juga mesti bersama-sama. Kehidupan di syurga itu adalah kehidupan yang kekal dan tenteram. Di dunia ini, kalian tak memiliki apa-apa pun. Semuanya hanyalah pinjaman. Semuanya sementara yang harus dipulangkan pada pemiliknya iaitu Allah.


Ummi sentiasa doakan kalian akan benar-benar dapat masuk ke dalam syurga Allah dan dijauhkan daripada azab api neraka. Ameen.

Bersalin Tak Koyak [02/05/2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Sendiri

Wah, tajuk kontroversi kali ini. Ramai kenalan yang bersalin tak koyak apabila memilih kelahiran cara ini. Teknik Hypnobirthing yang dicuba semasa kelahiran kedua. Tekniknya mudah hanya menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan teknik pernafasan. Lagi satu pantang besar ialah tanpa interversi ubat hospital.

Penjelasan mudahnya untuk teknik pernafasan adalah menarik nafas panjang dan dalam. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. Teknik ini boleh dicuba setiap kali anda sembelit. Itulah hikmah ibu mengandung selalu sembelit semasa mengandung. Semasa melahirkan bayi, kita akan rasa sebiji macam sembelitkan? Hehehe. Tak perlu teran semasa sembelit dan mahu melahirkan. Cuba teknik ini berulang kali dan bayi akan keluar sendiri, insyAllah tak koyak. Mesti tenang sentiasa ya. Ini untuk memastikan hormon oksitoksin dan endorfin sentiasa ada dalam badan kita. Hormon endorfin yang Allah SWT bagi percuma ini lebih berkuasa berjuta kali ganda daripada hormon sintetik (buatan) yang dimasukkan ke tubuh kita. Nak tenang kena cuba kuasa imaginasi.

Jangan pandang rendah pada kuasa imaginasi. Albert Einstein sendiri menyebut, "Imaginasi lebih berkuasa daripada pengetahuan." Selain itu, antara tanda orang itu memepunyai sifat pemuda yang dibanggakan Rasulullah SAW adalah kemampuannya berimaginasi. Kemampuan itu terserlah dalam bentuk kerja kuat yang dasyat. - dari buku Kuasa Kepimpinan Al-Fateh 

Kesimpulannya, kita sebagai ibu atau bakal ibu, imaginasilah yang baik-baik untuk anak yang bakal dilahirkan. Bayangkan kita berada di tempat yang paling tenang iaitu di masjid.


Bayangkan bayi ini akan keluar dengan mudah dan cepat. Ibu pula tak koyak di perineum. Bayi yang keluar berwarna merah jambu, sihat dan comel. Subhanallah SWT. Doa yang baik-baik dan berulang kali minta pada Allah SWT.

Doa adalah ubat yang mujarab. Tiada bayaran perlu dikeluarkan. Manfaat doa tidak dapat kita bandingkan dengan apa jua ubat di dunia ini. - dari buku Rasulullah is My Doctor

Disclaimer ; Tapi kalau dah ter'gunting' tak dapat den nak kata apa. kes di atas ini hanya untuk yang tidak di'gunting' sahaja. 

Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain pengalman. Nak faham lagi, pi belajar berguru. Bukan dalam internet. Sekian. 


Wallaua'lam.

Wednesday, May 1, 2013

Usahawan Muda [30/04/2013]

Teks : Iryani Ahmad

 MasyaAllah, pemilik butik tersebut sangat muda. Malah ada bayi. Beliau memberikan beberapa ayat inspirasi dalam bisnes. rasa sangat bersemangat sekarang. 

Puji Anak Teknik Nabi Muhammad S.A.W [29/04/2013]

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Sendiri & Google

Perkongsian ini adalah daripada bonda Puan Ainon yang baik hati.  Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan untuk kehidupan beliau bersama suami tercinta.

Ibu-ibu yang disayangi, setiap hari berapa kali anda memuji anak anda? Berapa kali anda memuji suami anda? Adakah lebih banyak anda memuji daripada memarahi. Atau sebaliknya? Baiklah, persoalan ini untuk diri saya sendiri sebenarnya. Peringatan yang paling baik adalah untuk telinga di muka sendiri.

Mari kita cuba aplikasi teknik puji mengikut gaya Nabi Muhammad S.A.W ini :

  1. Puji sifatnya yang baik
  2. Puji sikapya yang baik
  3. Puji ilmunya yang baik
  4. Puji perbuatannya yang baik
  5. Puji daya usahanya yang baik
  6. Puji hasil usahanya yang baik
Contoh :

  •  Ummi suka tengok adik tersenyum manis. 
  • Bagus, adik pandai susun mainan dengan kemas.
  • Tahniah, adik berjaya buang air kat bilik air.

Jangan puji diri si anak itu. Contoh :
  • "Kamu cantik" ( SALAH)
  • "Kamu cerdik" ( SALAH)
  • "Kamu salah" ( SALAH)