Thursday, July 25, 2013

Tak Puasa Bulan Ramadhan



Teks : Iryani Ahmad

Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W beserta kaum keluarga dan para sahabat.

Alhmamdulillah, diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa pada hari ini. Sejujurnya, saya hanya berpuasa hanya satu hari sahaja setakat ini. MasyaAllah, dugaan berpuasa pada tahun ini benar-benar menguji diri saya yang sangat lemah lagi tak berdaya.

Sebagai individu muslim, puasa merupakan ibadah penting yang dapat membina sifat ihsan dalam diri. Sifat ihsan adalah tangkal utama daripada melakukan perbuatan maksiat kerana sentiasa merasakan kewujudan Allah pada setiap masa dan detik.

Saturday, July 20, 2013

Sekolah

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Sekolah lazim dikaitkan dengan sesi pembelajaran formal di sekolah. Duduk di dalam kelas, ada guru masuk mengajar. Itulah sekolah saya semasa di sekolah rendah dan menengah. Kemudian, saya masuk ke sekolah seterusnya iaitu di Kolej Matrikulasi Johor dan Universiti Teknologi Malaysia. Sekolah pada peringkat ini, saya yang masuk ke dalam kelas dan belajar bersama guru. Pada masa-masa tertentu, kena pergi ke bilik guru atau rumah guru untuk belajar.


Sekolah Ramadhan

Tamat pengajian formal di sekolah biasanya disertakan sekali dengan sekeping sijil di tangan. Setelah meninggalkan alam pengajian, saya terus memohon untuk memasuki sekolah seterusnya. Pada bulan ini, saya sedang belajar di dalam sekolah 'Ramadhan'. InsyaAllah pada malam ini adalah hari ke-10.


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana panjangkan umur dan beri kesihatan untuk bertemu ramadhan pada tahun ini 1434H/2013.

Hati pun bertanya, 

" Hari ini bakal berakhirnya 10 hari dalam sekolah Ramadhan. Lalu apakah matlamat yang ingin saya saya capai pada hari ini? 

Pesan Ustaz Fathuri, sudah-sudahlah...memikirkan apa yang mahu dimakan pada waktu berbuka nanti.


Tahniah kepada sahabat-sahabat yang sudah bermula untuk membaca dan terus membaca al-Quran.

Sungguh, latihan sebulan ini adalah persediaan untuk 11 bulan berikutnya.


Latihan

Dalam kehidupan harian, kita sering mahu mempertingkatkan diri dalam serba serbi kebolehan dan kemahiran. Dalam pekerjaan , kita sering mahu upgrade diri baik dari segi jawatan dan gaji. Adakah kita suka jika sudah 10 tahun bekerja makan gaji tetapi jumlah gaji yang diterima masih sama seperti mula-mula kerja dahulu? Jika berbisnes sudah 6 bulan tetapi masih rugi, adakah kita masih mahu meneruskan bisnes itu? Adakah kita mahu menjadi seperti anjing mencawat ekor?

Kita selalu mahu apa yang ada di tangan kita adalah yang lebih baik daripada semalam. Contohnya seperti harta benda. 

Setuju tak kalau saya katakan yang setiap di antara kita mahukan hidup yang baik dan lebih tepat lagi, semua manusia mahukan hidup yang terbaik buat diri masing-masing.

Benarkan?

Ya, memang betul tapi percayalah semua kita ni dah ada rezeki masing-masing. Sudah di tetapkan Tuhan apa dan bagaimana suatu perkara akan kita jalani nanti. Baik atau buruk itu bukan urusan kita. Semuanya sudah disusun Tuhan dengan super indah.


Jadi, untuk apa kita nak pertikaikan untung nasib seseorang. Kalau kawan kita “lebih” sana sini, biarkan saja. Jangan tanam rasa tak puas hati dan dengki sesama sendiri. Set kan dalam kepala kita, “oh,itu rezeki dia!”.


Itu perkara biasa. Nama pun manusia. Tapi, untuk apa mahu berdengki dan tunjuk rasa tidak puas hati dengan kebahagian orang lain.

Bukan seronok bila dapat tahu ada kawan-kawan yang ada masalah hidup. Tak sama sekali. Cuma, bila kita tahu ada manusia yang lebih teruk, lebih susah, lebih bermasalah daripada kita dalam hidup. Buat saya lebih bersyukur dengan Tuhan.

Saya kurang sisi sini, ada kawan-kawan lain yang kurang sisi sebelah lain. Saya dapat rasakan keadilan Tuhan di situ. Terima kasih Allah.
Percaya atau tidak, memang ada sesetengah orang dek kerana sibuk sangat tak puas hati dengan rezeki orang lain sampai boleh jadi stress. 

Amalan

Suka saya mahu mengajak semua agar berfikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri. Adakah kualiti khusyuk solat kita masih sama seperti 10 tahun yang lalu? Adakah puasa kita pada tahun lepas berjaya mengubah kita menjadi lebih baik pada tahun ini? Bagaimanakah amalan-amalan kita yang lain?

Kita sangat risau jika gaji tak naik setelah 10 tahun bekerja. Adakah kerisauan yang sama pada kualiti dalam ibadah-ibadah yang dilakukan? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga dalam buat ibadah pada Tuhan?

Malam ini akan berakhirlah 10 Ramadhan yang pertama. Mari bersama-sama berebut peluang pahala yang Allah sudah sediakan dalam bulan mulia ini. Bulan yang Allah lipat gandakan amalan hamba-Nya berbanding bulan yang lain.


# Mulakan langkah pertama dengan menyediakan tapak di alam maya sebagai langkah memulakan perniagaan ,mendapatkan pelanggan atau juga langkah pertama dalam menyampaikan ilmu dengan :

1) sertai kelas asas blog dan penulisan (untuk menulis bebas)
2) sertai kelas asas blog dan fan page (untuk melebarkan sayap perniagaan di alam maya)
untuk sertai, boleh masuk ke sini :


atau emailkan ke : pn.iryani@gmail.com



Tuesday, July 16, 2013

Khasiat Susu Kambing

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Kebanyakan ibu sangat runsing apabila bayi telah bercerai susu. Susu apakah yang terbaik untuk diberikan kepada anak setelah mereka berusia 2 tahun? Pernahkah anda mendengar bahawa susu yang terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing? Para ilmuwan Islam yang bijak pandai telah pun mengkaji tentang hal ini sejak dahulu lagi. Mereka berpendapat susu kambing adalah yang paling berkhasiat benbanding susu haiwan ternakan lain.

Alhamdulillah, pengalaman sendiri setelah setahun memberi anak minum susu kambing setelah beliau bercerai susu benar-benar membuka mata hati saya. Benarlah bahawa setiap apa yang disunnahkan oleh nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W pasti memberi keberkatan dan manfaat untuk kita sendiri nikmati. Tidak ada lagi yang lain boleh dibandingkan. Hanya sesiapa yang mengamalkan sahaja yang boleh merasainya.




Susu kambing ialah minuman semulajadi yang paling seimbang kerana mempunyai nutrien yang kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Selain itu, ia juga mempunyai kalori yang tinggi.

Allah telah pun menjelaskan dalam Al-Quran tentang khasiat susu kambing iaitu di dalam surah al-Mukminun, ayat 21 yang bermaksud :

" Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu padanya ada iktibar penting bagi kamu. Kami beri kamu minum daripada susu yang ada di dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah padanya dan sebahagian daripadanya juga kamu makan."

Penyelidikan terkini oleh pakar pemakanan dan perubatan secara saintifik menunjukkan susu kambing kaya dengan unsur-unsur yang diperlukan oleh badan. Antaranya ialah :


  1. Susu kambing sangat mudah dihadamkan oleh perut kerana molekul protein dan lemaknya yang sangat halus dan lembut. Justeru, ia sangat mujarab bagi orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman, gastrik dan ulser. Malah, boleh juga diberikan pada bayi yang berumur 1 tahun ke atas.
  2. Mencegah penyakit diabetis kerana susu kambing segar mempunyai silikon dan fluorin.
  3. Kandungan mineral selenium yang tinggi dalam susu kambing sangat baik dalam membantu melawan virus.
  4. Susu kambing lebih mudah hadam oleh usus kerana kandungan laktosa yang lebih rendah sebanyak 7% daripada susu haiwan ternakan lain. Sesuai diberikan pada kanak-kanak yang alah pada susu lembu.
  5. Riboflavin dalam susu kambing sangat baik dalam merawat demam kuning, penyakit asma, sakit kulit, sakit perut, dan sukar tidur malam.
  6. Kandungan asid lemak yang baik iaitu asid capric dan asid caprylic dapat meningkatkan tenaga dan sistem pertahanan badan dari jangkitan kulat.
  7. Kandungan bioorganik sodium yang kaya dalam susu kambing dapat melambatkan proses penuaan dan mengurangkan masalah keradangan sendi.
  8. Susu kambing mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi. Manakala sodium yang rendah dapat menjadikan tekanan darah menjadi normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  9. Susu kambing tidak menimbulkan alahan.
  10. Susu kambing boleh mengelakkan sembelit.

Sumber : Menerokai Kegemilangan Saintis Islam


Thursday, July 11, 2013

Kucing Kesayangan Nabi S.A.W

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Pada tulisan kali ini, saya tertarik untuk berkongsi tentang kucing. Segala puji bagi Allah, bonda kesayangan saya sekarang sudah menyayangi kucing. Malah, beliau sekarang sudah membela beberapa ekor kucing di rumah. Paling menarik, salah seekor anak kucing di rumah telah dinamakan dengan nama Mueeza. Sama seperti nama kucing kesayangan Nabi kita, Rasulullah S.A.W.



Kucing Kesayangan Nabi

Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Kucing Tidak Najis

Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.

Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.

Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.

Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمْ

Sumber : ULFA AL-FAAKHIRAH

Tuesday, July 9, 2013

Sahabat dari Syurga

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Pada minggu lepas, terlepas kerinduan di hati setelah bertemu dengan sahabat dari syurga. Saya suka gelar mereka sahabat dari syurga kerana akhlak mereka yang sangat baik seolah-olah Allah baru turunkan mereka dari syurga. MasyaAllah.



Rasa sangat beruntung kerana dapat berkawan dan dikelilingi individu yang mempunyai akhlak yang masyaAllah sangat hebat. Saya doakan semoga sahabat-sahabat saya ini benar-benar dapat menjadi penghuni Syurga Allah yang kekal abadi dan dapat menjadi sahabat saya juga di sana nanti, ameen.

Pada pandangan peribadi saya setelah berkawan lebih 10 tahun dengan mereka, keistimewaan yang ada pada akhlak mereka hingga saya sanggup menggelar mereka sahabat dari syurga adalah :


  1. Bercakap yang baik-baik sahaja
  2. Tidak mengumpat
  3. Tidak mencaci dan menghina saya atau orang lain
  4. Sentiasa berazam kuat untuk sentiasa menjadi hamba yang baik di sisi Allah
  5. Solat di awal waktu
  6. Bijak dan berilmu
  7. Sentiasa memafkan 
  8. Sangat ikhlas
  9. Selalu bantu ketika saya dalam kesusahan atau sedih
  10. Sangat cantik jelita
dan sangat banyak lagi saya nak senaraikan. Apa yang penting, rasa sangat tenang dan bahagia apabila bersama mereka. Fitrah manusia yang Allah cipta memang sangat suka pada benda yang baik-baik. Jadi, saya memang suka berkawan dengan mereka yang sangat-sangat baik ini. 

Baik lagi Baik

Percayalah, sikap mereka yang sangat baik itu sentiasa mempengaruhi saya untuk berusaha menjadi semakin baik lagi. Jika anda kenal mereka pun, pasti akan terdorong sama untuk menjadi dan berubah menjadi seorang individu yang baik.

# Sangat beruntunglah suami, anak, ibu bapa, adik-beradik dan keluarga kepada sahabat-sahabat saya ini kerana memiliki seorang yang sangat berakhlak mulia lagi baik umpama bidadari dari syurga. 

Hadis Nabi S.A.W

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy'ari, bahawanya Rasulullah S.A.W telah berkata :

" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat adalah umpama orang yang menjual air wangi, dan tukang besi peniup api. Penjual minyak wangi samada dia memberi kau sedikit ataupun kau membeli daripadanya ataupun kau mencium daripadanya bau yang wangi. Sedang tukang besi peniup api, samada dia akan membakar pakaianmu ataupun kau mencium bau yang busuk daripadanya. "



Monday, July 8, 2013

Khasiat Buah Delima

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Hari ini, kebanyakan daripada kita mudah dijangkiti penyakit. Malah, apabila kita sakit penderitaan itu akan jadi semakin parah. Semakin susah hendak sembuh. Apakah penyakit yang ada pada hari ini adalah penyakit yang baru, tidak ada pada zaman dahulu? Adakah virus yang ada di bumi sejak zaman nabi Adam dan Hawa sudah bermutasi menjadi sangat kebal terhadap ubat atau ada yang tidak kena dengan ubat moden hari ini?

Perubatan gaya Nabi Muhammad S.A.W dan yang menggunakan sumber alam adalah solusi kepada kesihatan yang baik. Inilah ubat yang menyembuhkan segala penyakit kecuali mati. Al-Quran dan Hadis adalah sumber maklumat yang paling bermanfaat dalam memberikan jawapan tentang kaedah mengubati semua jenis penyakit.

Batuk 

Saya sangat sedih melihat kebanyakan anak-anak kecil pada hari ini senang betul terkena batuk dan selsema. Boleh dikira berapa hari sahaja dalam sebulan, anak kecil ini benar-benar sihat sepenuhnya. Apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan ubat yang diberikan?

Perubatan bagi menyembuhkan gejala batuk dan selsema adalah dengan meminum jus delima yang manis. Hal ini kerana delima yang Allah ciptakan itu bersifat panas dan basah. 



Delima yang pahit pula bersifat sejuk dan kering. Ia sangat baik untuk hempedu. 

Allah berfirman dalam Surah ar-Rahman ayat 68 :

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Usus, hati dan perut

Minum jus delima secara teratur pada setiap hari dapat menyembuhkan pelbagai masalah usus dan hati. Selain itu, meminum jus delima dapat meningkatkan tenaga dan membaiki sistem peredaran darah. Ini kerana, delima dapat membaiki formasi daripada hemoglobin dan baik sebagai agen pembersih darah. 

Jika meminum jus delima yang dicampurkan dengan pudina, ia dapat menghentikan muntah-muntah dan melindungi perut daripada memulas-mulas akibar cirit-birit.

Hadis Nabi S.A.W

Abu Nu'aim ada meriwayatkan hadis yang didengarnya daripada Anas bahawa Nabi S.A.W ditanya tentang delima. Baginda S.A.W menjawab yang tidak ada delima yang tidak mengandungi sebutir biji daripada salah satu delima syurga.

Ada hadis lain yang mengatakan bahawa tidak ada delima yang tumbuh matang tanpa dialiri dengan setitis air dari syurga.

Setiap kali Ibnu Abbas melihat biji delima, dia akan mengutip dan memakannya. Orang bertanya kepadanya tentang mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab : " Aku benar-benar percaya bahawa tidak ada satu pun buah delima di dunia ini yang mengandungi biji daripada salah satu biji dari syurga. Barangkali itulah biji dari syurga itu. "

Keyakinan pada Ubat 

Subhanallah, hadis-hadis di atas mengatakan semua buah delima pasti mengandungi sebutir biji daripada salah satu buah delima dari syurga! Berdasarkan kefahaman saya yang sangat cetek  dalam ilmu bahasa arab, bahasa ini biasa mengandungi banyak kata nafi dalam ayatnya. Jadi, mungkin agak janggal bagi kita orang melayu ini jika membacanya secara terjemahan terus.

Segala puji pada Allah, sekarang semakin ramai yang mempunyai kesedaran untuk beralih kepada makanan dan perubatan cara Nabi S.A.W. Tetapi yang peliknya, ramai orang tidak pun mendapat manfaat daripada cara ini? Mengapa kadang-kadang sembuh dan kadang-kadang tak menjadi apa-apa?

Apabila timbul keraguan di hati kita bahawa ubat ini tak berkesan, maka ia tak membawa sebarang kesembuhan pada diri walaupun kita telah mengikuti perubatan cara Nabi Muhammad S.A.W. Ubat ini pasti memberi kesan sekiranya kita mempercayai sepenuhnya kepada Allah. Hanya dengan kepercayaan itu, cara perubatan menurut Nabi Muhammad S.A.W bermanfaat untuk tubuh badan kita, insyaAllah.

Percaya sepenuhnya pada perubatan panduan Nabi kesayanyan kita, Nabi Muhammad S.A.W dan keyakinan dengan kemampuan melalui cara itu dapat menyembuhkan penyakit adalah sebahagian daripada menjadi seorang muslim.

Sumber : Terjemahan buku As-Suyuthi's Medicine of The Prophet

Mahu memulakan langkah untuk minum jus delima sebagai minuman harian, di kedai Sedapnya Makanan Sunnah ada menjual Ekstrak Jus Delima dari Saudi.


Harga sebotol hanya RM21

dan 

Harga bagi 6 botol serendah RM112 sahaja.



Tuesday, July 2, 2013

Khasiat Habbatussauda

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Habbatussauda juga dikenali sebagai biji jintan hitam. Al-Bukhari mengatakan bahawa biji jintan hitam bersifat panas dan kering. 

Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis terkenal yang mengatakan :

" Biji hitam adalah untukmu kerana ia adalah ubat bagi semua penyakit kecuali mati. " - Hadis ini juga dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim.


Kepentingan habbatussauda

Di kalangan rakyat berbangsa Melayu beragama Islam di Malaysia, tak ramai yang menyedari tentang betapa pentingnya habatussauda dalam proses penyembuhan. Sayang sekali, sangat ramai orang tak tahu tentang biji jintan hitam atau habbatussauda ini. Sebenarnya masih ramai yang tak memiliki keyakinan terhadap kemampuan habbatussauda dalam proses penyembuhan yang Allah berikan sebagai hadiah untuk manusia.

Meskipun, banyak hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menceritakan tentang kualiti penyembuhan habbatussauda, ramai orang Islam tak percaya tentang khasiatnya sebagai vitamin tambahan ataupun sebagai ubat.

Jangan terkejut sekiranya mengetahui sebenarnya masih ramai orang Islam terutamanya di negara kita yang tak pernah membaca hadis Nabi S.A.W tentang habbatussauda. Ramai orang lebih suka menjadi penagih ubat-ubat farmasi. Mereka suka dan selalu minum ubat tetapi tak pernah benar-benar sembuh sepenuhnya. Mereka selalu hairan mengapa mereka selalu mengalami kekurangan stamina, tenaga dan sering sakit-sakit walaupun mereka makan secara teratur dan mengambil vitamin di farmasi. 

Ubah !

Sekarang, sudah tiba masanya untuk kita sebagai umat Islam mula membaca hadis Nabi S.A.W dan ubah cara hidup secara kesuluruhannya mengikut cara Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Letakkan kepercayaan kepada Nabi Muhammad S.A.W! Mari ikuti jalan pintas untuk kembali sihat!

Sejarah Biji Jintan Hitam


  1. Golongan Mesir kuno menggunakan biji jintan hitam dan menyebutnya sebagai ubat mujarab, iaitu ubat untuk pelbagai masalah dan penyakit.
  2. Raja Tutankhamun memiliki sebotol minyak habbatussauda ini di dalam kuburnya.
  3. Bangsa Rom menyebutnya sebagai ketumbar Yunani, digunakan sebagai makanan tambahan.
  4. Pada abad pertama, Dioscoredes seorang doktor Yunani merekodkan data tentang penggunaan biji jintan hitam bagi mengubati sakit kepala, hidung, sakit gigi dan masalah cacing.
  5. Ibnu Sina menulis risalah tentang The Canon of Medicine dan menyatakan biji jintan hitam merangsang tenaga untuk tubuh dan membantu masalah keletihan.
  6. Biji jintan hitam adalah jamu tradisional yang digunakan selama ribuan tahun oleh masyarakat yang tinggal di Timur Tengah, Asia dan Afrika.
  7.  Menurut kajian oleh seluruh universiti antarabangsa di seluruh dunia, pelbagai artikel telah diterbitkan menerusi pelbagai jurnal dan menunjukkan hasil yang luar biasa hebat terhadap penggunaan tradisional biji jintan hitam.
  8. Biji jintan hitam tumbuh secara liar di Mesir, Syria, Turki dan Balkan.
  9. Dalam Bahasa Arab, disebut sebagai Nigella Sativa yang bermaksud biji yang diberkati.
  10. Biji jintan hitam adalah tanaman dari keluarga Ranunculaceae (Buttercup).


Sumber : Rasulullah is My Doctor

Monday, July 1, 2013

Seni Taekwondo vs Seni Ujian

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Taekwondo

Semasa saya masih belajar di sekolah menengah dan di universiti suatu masa dahulu, saya aktif dalam Kelab Taekwondo. Tujuan utama saya menyertai aktiviti kelab seni mempertahankan diri ini adalah untuk mempertahankan diri daripada dingorat oleh pelajar lelaki.



Aktiviti ini berjaya meningkatkan motivasi dalaman saya untuk menjadi lebih berani dan yakin terhadap diri sendiri. Walau pun tak pernah lagi menendang pelajar lelaki yang mengorat saya. Alhamdulillah, suami tak pernah mengorat saya dahulu.

Bukan topik mengorat yang saya mahu fokuskan.

Dalam Taekwondo, peringkat yang paling rendah adalah yang memakai tali pinggang berwarna putih. Setiap kali kita mahu tukar warna tali atau mahu meningkatkan kemahiran sedia ada, pelajar perlu melalui ujian. Dalam ujian itu, terdapat beberapa orang master yang akan menilai samada pelajar itu berkelayakan ataupun tidak. Pelajar akan cuba buat sehabis baik langkah taekwondo bersama sparing partner. Pelajar akan mengetahui keputusan samada lulus atau gagal pada masa itu juga.

Ujian

Dalam kehidupan kita sebagai manusia di atas bumi ini, semua orang tak kira Muslim atau tidak akan melalui fasa-fasa getir dalam kehidupan mereka. Fasa-fasa getir inilah yang dinamakan ujian. 

Begitu juga sebagai seorang anak perempuan. Mereka akan melalui fasa anak dara, kemudian fasa dalam pemilihan jodoh. Selepas berkahwin, fasa menjadi seorang isteri. Tak lama kemudian, fasa menjadi seorang ibu. Selepas dua dekad, fasa menjadi seorang ibu mentua dan kemudiannya menjadi seorang nenek.

Setiap fasa ini, kita tak akan terlepas melalui ujian-ujian yang sangat perit jiwa dan raga. Keluh kesah dan air mata pasti akan mengiringi sepanjang kita melalui ujian getir ini. Bukankah manusia itu diciptakan dengan keadaan sentiasa berkeluh kesah?

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." Surah Al- Ma'arij : ayat 19

Apabila kita telah melepasi tahap ujian dalam setiap fasa tadi sebenarnya di sisi Allah, Allah telah mengangkat darjat kita di sisi-Nya sebagai seorang Muslim dan Mukmin. Tetapi dengan syarat! Syarat  untuk diangkat darjat di sisi Allah haruslah disertakan dengan jalan berjihad dan mujahadah.

Berjihad menegakkan kalimah Allah dan Rasul-Nya serta bermujahadah melawan nafsu dalam diri. Oleh  itu,  mujahadah adalah jalan kepada kita untuk mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T  supaya petunjuk  itu dapat  masuk  ke dalam hati dan iman  kita. Perlaksanaan mujahadah ini, jalan yang betul perlu diikuti iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. 

Keputusan

Bezanya dengan ujian dalam Taekwondo, kita akan tahu keputusan ujian pada masa itu juga. Tetapi dalam kehidupan di dunia ini, keputusan ini samada berjaya atau gagal kita hanya tahu pada Hari Pembalasan di Padang Masyar kelak.

Wallahua'lam.

Khasiat Cuka Kurma

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Pernah tak dengar nama cuka kurma? Kali ini, khasiat cuka akan dikongsikan untuk manfaat bersama :


  1. Cuka mengandungi unsur panas dan sejuk, tetapi unsur sejuknya lebih dominan.
  2. Ia baik untuk radang perut.
  3. Jika dicampur dengan minyak mawar, maka ia baik untuk sakit kepala yang panas.
  4. Nabi S.A.W bersabda : " Cuka adalah kenyamanan bagi manusia ".
  5. Hadis lain berkaitan cuka berbunyi : Allah telah menempatkan berkat dalam cuka, kerana sesungguhnya ia adalah perencah yang digunakan oleh para nabi sebelumku. "
  6. Al-Baihaqi meriwayatkan hadis berikut : " Rumah yang mempunyai cuka tidak akan menderita kemelaratan. "
  7.  Sirap yang disebut oxymel dibuat dengan cuka.
  8. Cuka dapat menghilangkan jangkitat demam.
  9. Cuka dapat mengurangkan kuantiti sperma dan jika dimakan pada waktu pagi akan mengurangkak kemampuan seksual.
  10. Berkumur dengan cuka dapat menghilangkan sakit gigi dan meredakan rasa sakit.
Sumber : Perubatan Cara Nabi Pasti Sihat

Tulis Blog 

Mengenali dan sasaran, iaitu tahu siapa pembaca kita dan ia boleh diubah kepada pelanggan. Bagaimana pula dipratikkan untuk blog dan fan page?

Selepas kita analisa apa kekuatan kita (6 analisa asas), soalan asas yang ditanya dahulu, kita tahu apa minat dan kepakaran kita. Ini kunci paling utama untuk memastikan kita konsisten menulis. Minat dan kepakaran sangat berkaitan rapat sebagai pendorong dan motivasi utama. 

Kemudian jadikan ia sebagai satu cara untuk mengetahui pelanggan. Dari situ kita tahu siapa kelompok pembaca kita. Kemudian kita tukar kelompok pembaca kita itu sebagai pelanggan.

Tukar isi tulisan kepada jenis produk yang boleh ditawarkan berdasarkan kelompok sasaran pembaca kita.

Bagi yang ingin mengikuti kelas ini saya sangat menggalakkan, ia bukan semestinya untuk mereka yang telah berhenti kerja malah boleh juga bagi mereka yang sedang bekerja. Kelas ini dijalankan secara flexible di mana kita bersoal jawab dan mendapat tugasan serta dokumen maklumat secara online sahaja. Ikut bila-bila masa yang kita selesa dan boleh kita luangkan. Jika Kak Masayu tidak online, kita boleh tinggalkan massage sahaja dan beliau akan jawab apabila sekembalinya beliau di atas talian. Sangat mudah dan berkesan. Kita juga akan dimasukkan ke dalam sebuah group tutorial di mana kita akan bertemu protege-protege yang lain. Yang pasti setiap dari protege akan menghasilkan sebuah ebook yang pertama dalam hidup bersama kak Masayu di akhir kelas ini. Pasti teruja kan? Begitu juga dengan saya. Semoga saya diberikan kudrat untuk menghasilkan ebook pada masa terdekat ini. InsyaAllah.




untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh layari di sini :


kini RM125 sahaja untuk 3 buku

atau

RM150 (kelas asas blog dan penulisan) + RM75 (2 buah buku rujukan)
kini rm150 sahaja (2 buah buku rujukan jadi percuma)

atau

rm75 sahaja untuk dapatkan 2 buah ebook rujukan tanpa masuk kelas