Friday, September 27, 2013

Rahsia di Sebalik Pemakanan Sunnah

Sumber : Wirdatul Jannah Mohamad
Dari : Universiti Sains Islam Malaysia

Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa. Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan Sunnah junjungan kita Muhammad SAW? Yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk kesihatan serta pelancaran organ dalaman.Kadangkala kita sering leka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang diambil. Tidak menilai dari aspek kualiti dan kesannya kepada diri yang akan menempuh kehidupan yang kita sendiri tidak tahu pelbagai mehnah dan ujian menanti di hadapan.

Terfikirkah kita, apakah rahsia disebalik khazanah berharga ini?Ya,mungkin ramai juga yang mengamalkan pengambilan makanan Sunnah ini tetapi tidak ramai yang meneroka dan menyingkap kelebihan serta rahsia disebaliknya. Seperti yang kita ketahui antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita adalah seperti Buah Kurma, Kismis, Madu, Buah tin, Buah zaitun, buah delima, buah apricot, kacang badam, za’faran, dan banyak lagi. Kesemua makan Sunnah di atas pula dipecahkan lagi dengan pelbagai jenis dan aneka rasa.Kadangkala dicampurkan makanan tersebut di dalam masakan, kek, air dan juga dimakan begitu sahaja.

Fakta Kelebihan Makanan Sunnah
Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akankelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah.Disamping itu, setiap makanan Sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.


1. Buah kurma/tamar
Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin.Seperti yang dinyatakan di dalamayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Selain itu juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan”.Bahkan buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama dengannya. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. Selain itu,membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

2. Buah kismis
Sebagaimana kurma, kismis juga ada kelebihannya tersendiri.Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT.Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Disamping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Nabi Muhammad SAW bersabda:“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Di tambah lagi,“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Kelebihan Kismis Yang Dikenalpasti:
Membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton dan keanjalan kulit, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.Selain itu membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar.

Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stress, merawat penyakit hysteria, penyakit anemia, merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. Jika hendak dijelaskan satu persatu amatlah banyak kelebihan setiap satu makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang boleh diamalkan dalam pemakanan sehari-harian.

Kajian Pakar Terhadap Kismis
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.“Berlainan dengan kismis, kerana ia, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan”.

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

3. Buah tin
Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan karena keberadaanya yang banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah ini banyak sekali disebutkan dalam literatur-literatur sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.

Fakta Sains Dan Hadist
Dalam fakta sains modern menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan medical memiliki kemanjuran tinggi. Oleh karena itu nabi Muhammad SAW mengomentari buah ini dalam salah satu Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dardaa, bahwasanya telah dihidangkan kepada nabi sebuah menu dari buah tin, maka nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda: “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)”.

Ibn Alqayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” mengomentari riwayat hadits diatas: “Menguji kemanjuran pengobatan nabi sebagai tersebut dalam hadits ini, dapat dirilis beberapa teori. Pada zaman dahulu kala, buah tin telah banyak dipakai untuk kepentingan medis, tokoh-tokoh kedoktoran period awal juga seperti Ibn Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah medis…”

Kelebihan Buah Tin
Melaluiperubatan traditional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal kemujaraban tin, dimana dianggap secara medis menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, borok, flu burung, mag, gangguan sirkulasi mensturasi dan luka bakar. Disamping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandungi garam pokok seperti: Kalsium, fosfor, zat besi yang membangun pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium, dan magnesium yang dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangi berat badan. Oleh karena itu Buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.

Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
4. Menyegarkan badan yang lesu.
5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
6. Rawatan buasir.
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
8. Rawatan penyakit GOUT.

Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah).

Dari keterangan diatas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat dahsyat, memiliki kegunaan medis yang sangat banyak. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jouzi lagi bahawa: “Mengingat tin tidak terdapat didaratan Hijaz dan kota Madinah, serta langkah penyebutannya dalam sunnah, kerana lahan tin memang tidak serasi dengan lahan kurma. Akan tetapi, Allah Bersumpah di dalam al-Qur’an demi tin karena manfaat dan kegunaannya yang sangat banyak itu…” Maka Ibn al-Qayyim berkesimpulan bahwa yang dimaksud ayat sumpah adalah buah tin yang telah dikenal luas itu.


 4. Madu
Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal.Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia.Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

 Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain. Sabda Rasulullah S.A.W:

1)“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
2)“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
3)“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapatmengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
4)“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi. Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.

Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl:
“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalanTuhanmu yang telah dimudahkan.Daripada perut lebah itu keluar minumanmadu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubatmenyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)

Begitu juga, Rasulullah SAW bersabda : “Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat.Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Khasiat Madu Yang Terbukti
Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Mana kala bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut. Ia juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.

Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.

5. Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud:
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Justeru, ia digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lainmenunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Dalam sebuah hadith Mauquf dan Marfu’, Rasulullah SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga. “Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.

Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan Sunnah Rasulullah S.A.W itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Selaras dengan Firman Allah SWT dan Hadith Nabi S.A.W di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut. Banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.

Oleh itu Tanggungjawab bersama untuk melatih diri mengamalkan pengambilan makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minta kita dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti kata pepatah melayu “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Rujukan : http://norfanil.com/rahsia-disebalik-pengambilan-makanan-sunnah/#sthash.7j3ZrgPi.dpuf

Iklan

Bagi yang ingin menulis dan berkongsi kepakaran dan ilmu yang anda ada di blog, boleh daftar dengan saya. 2 kelas asas blog mendapat sambutan yang menggalakkan, kini sudah ada 120 blog menyertai kami. Boleh pilih mana-mana 2 kelas di bawah :

1. kelas asas blog dan penulisan (perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran)
2. kelas asas blog dan fan page (perkongsian produk dan perniagaan)

PM saya Iryani Ahmad untuk analisa sebelum mula kelas. Add FB profile saya di sini. Kelas dijalankan 100% secara online. Pendaftaran dibuka setiap hari. 

Makan Cara Nabi - Sunnah Makan Rasulullah S.A.W

Gambar : Google


Sakit ke Bersalin? Adoi Mak, Tolong...!

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Saya teringat semasa saya baru sahaja disahkan mengandung anak pertama. Baru sahaja 6 minggu ketika itu. Pada suatu hari, tiba-tiba saya perasan ada tompokan darah di seluar dalam. Suami cemas dan terus membawa saya ke hospital. Sampai sahaja di Hospital Putrajaya bahagian wad kecemasan, cepat sahaja saya terus masuk ke dalam. Tak payah tunggu lama.

Seorang doktor lelaki muda bertanyakan macam-macam soalan kepada saya. Ada satu soalan yang kalau saya dan suami ingat balik, pecah perut kami ketawa. 

" Puan, sakit perut tak? "

" Sakit sikit, doktor. " Jawab saya.

" Boleh beritahu saya berapa skala kesakitan Puan. Antara 1 hingga 10. "

Saya bingung ketika itu, sudahnya saya jawab satu sahaja. Jika kesakitan boleh diberi skala, sampai skala berapakah yang paling tinggi agaknya. Kalau diberi sampai 10, ada orang cakap dia lagi sakit sampai skala 100. 

Daya tahan sakit seseorang berbeza dengan orang lain. Semasa saya baru sahaja bersalinkan anak pertama, saya terus jadi sedih. Saya teringat alangkah kesiannya ibu saya semasa melahirkan saya. Beliau beritahu teramat sakit hingga tak boleh bangun sampai seminggu. Sedangkan saya pada masa itu, tidak berasa sakit sangat pun. Astaghfirullah

 Pernah rasa sakit gigi tak? Punyalah sakit sampai tak boleh tidur malam.

Jika sakit bersalin, kesakitan itu hanya hilang apabila bayi dilahirkan. Cuba bayangkan jika menahan kesakitan 10 hingga 20 jam lamanya. Seorang sahabat saya menanggung kesakitan hingga 36 jam lamanya untuk kelahiran kedua anaknya. Bayangkan sakit yang tak henti-henti datang menyerang. Semakin dekatnya bayi hendak lahir, semakin sakit. Cuba bayangkan kalau 20 tulang dipatahkan serentak. Begitulah sakitnya bersalin.

Macam-macam ragam ibu yang sedang sakit bersalin menunggu kelahiran bayi. Kalau bersalin di hospital kerajaan, dewan bersalinnya besar. Ada yang menjerit meminta tolong. Ada yang menangis. Ada yang meraung. 

Kiranya, buku cerita saya ini akan menghuraikan tentang bagaimana nak bersalin tapi tak sakit. Tahukah wahai ibu-ibu yang manis lagi cantik berseri? Perasaan takut untuk bersalin biasa dirasai oleh wanita mengandung. Tambahan pula jika anda pernah mendengar cerita-cerita bersalin yang menakutkan daripada kawan-kawan atau melihatnya di TV atau Youtube.

Bagaimanakah perasaan takut memberi kesan ketika bersalin. Perasaan ngeri ini menyebabkan wanita akan memilih untuk bersalin melalui pembedahan atau mengambil pilihan lain seperti ubat tahan sakit, epidural atau gas.

Buang Rasa Takut!

Semua pilihan ini mempunyai kesan ke atas tubuh badan dan akan mengambil masa untuk penyembuhan. Antara cara yang paling efektif untuk mengurangkan ketakutan adalah dengan memahami psikologi anatomi tubuh badan anda sendiri.

Di dalam badan manusia terdapat satu sistem yang sangat canggih dinamakan Automatic Nervous System (ANS). Sistem ini berfungsi sebagai rangkaian telekomunikasi yang paling penting dalam badan. Contohnya kalau kat Malaysia, rangkaian telekomunikasi paling utama adalah Telekom. 


Sistem ini mempunyai 2 bahagian iaitu parasimpatetik dan simpatetik. Parasimpatetik boleh diibaratkan macam bilik rawatan yang mempunyai kadar sembuh antara 95 hingga 98 peratus. Manakala simpatetic diibaratkan sebagai bilik kecemasan yang kadar sembuhnya adalah 2 hingga 5 peratus sahaja.

Parasimpatetik


Simpatetik


Kesan Buruk Perasaan Takut Semasa Bersalin :

Sistem canggih ini sangat berhubung rapat dengan proses bersalin. Perasaan takut diterima sebagai mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dasyat. Mesej negatif ini akan diproses menjadi sistem kepercayaan dan memberi kesan buruk pada emosi ibu dan bayi.

Hormon Stress Terhasil
Apabila  perasaan takut dan stress tidak dibuang hingga masa bersalin, sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stress, catecholamine. Badan akan akan menerima mesej untuk menjadi " fight, flight atau freeze ".

Menyukarkan Darah dan Oksigen Sampai ke Rahim
Rahim wanita tidak pernah dicipta sebagai mekanisma pertahanan badan lalu darah akan membawa respons " fight, flight atau freeze " ke semua sistem pertahanan badan. Apa akan jadi seterusnya? Saluran darah di sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu ini menyukarkan laluan darah dan oksigen untuk sampai ke rahim.

Pucat
Wanita yang takut semasa bersalin biasanya akan kelihatan putih pucat lagi tak bermaya. Contoh lain muka boleh pucat termasuklah apabila mahu masuk ke dewan peperiksaan atau teruna yang terpaksa mengulang akad nikah pada kali ke-7.

Pintu Rahim Tak Meluas
Kesan buruk akibat proses ini akan menyebabkan rahim tak dapat bekerja dalam keadaan normal. Otot di kawasan rahim tak boleh meregang dan bertaut seperti normal lalu mengakibatkan bukaan rahim tidak menjadi luas secara bertahap.

Banyak wanita dibedah kerana bukaan pintu rahim yang tak semakin meluas hingga 10cm. Saudara saya di kampung dibedah kerana bukaan pintu rahimnya statik pada 9cm. Seorang sahabat saya di sekolah menengah juga dibedah kerana bukaan pintu rahimnya hanya 1cm selama seminggu.

Kesakitan Pada Ibu dan Bayi
Hal ini akan menyebabkan kesakitan melampau pada ibu dan begitu juga pada bayi. Lalu menyebabkan bayi stress disebabkan emosi ibu yang sangat tertekan akibat sakit melampau.

Kurang Oksigen
Kekurangan bekalan oksigen ke kawasan rahim bermaksud kekurangan bekalan oksigen pada bayi. Lalu boleh menyebabkan bayi lemas sebelum dilahirkan. Biasanya di hospital, interversi akan dilakukan.

Di sinilah pentingnya semua wanita yang akan bersalin untuk belajar tentang berada dalam keadaan "bilik rawatan" sepanjang masa berbanding "bilik kecemasan". Saya akan kupas lanjut dalam bab seterusnya, insyaAllah.




Iklan :

Bagi yang ingin menulis dan berkongsi kepakaran dan ilmu yang anda ada di blog, boleh daftar di akademi. 2 kelas asas blog mendapat sambutan yang menggalakkan. Boleh pilih mana-mana 2 kelas di bawah  :

1. kelas asas blog dan penulisan (perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran)
2. kelas asas blog dan fan page (perkongsian produk dan perniagaan)

PM saya Iryani Ahmad untuk analisa sebelum mula kelas. Add FB profile saya di sini.
Kelas dijalankan 100% secara online. Pendaftaran dibuka setiap hari. 


Wednesday, September 25, 2013

Apakah Bersalin AlaMI?

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google




Pertama kali saya mendengar tentang perkataan bersalin alami adalah semasa saya sudah ditahan di dalam hospital, mahu bersalin anak pertama. Jururawat menasihati saya supaya kalau boleh bersalin secara alami. Si ibu akan cepat sihat dan bayi tidak akan meragam. Bertuah pada masa itu kerana rajin berbual dengan jururawat yang agak berumur. Sudah agak tua dan banyak pengalamannya di bahagian ward bersalin. Macam-macam cerita bersalin yang dikongsikan pada hari tersebut, kebetulan tiada pula orang yang nak bersalin masa itu.

Bersalin secara alami ialah suatu proses kelahiran yang dilakukan dengan kaedah semulajadi yang sudah ditetapkan oleh SUNNATULLAH. Di bawah ketetapan undang-undang Allah SWT. Tiada penggunaan teknologi dan interversi perubatan moden pada si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Kelahiran ini adalah membenarkan bayi itu dilahirkan sendiri pada masanya secara selamat dan mudah. Selain itu, tiada penggunaan dadah terhadap ibu dan ibu dapat melahirkan bayi dalam keadaan paling tenang dan selesa.


Contoh yang berada di sekeliling kita adalah kucing yang mahu melahirkan anak kucing.


Walaupun pada masa itu, sedang berada pada masa paling mendebarkan mahu melahirkan bayi. Mesti kuat semangat mengekalkan emosi positif untuk mencapai kelahiran semulajadi. Biarlah para jururawat dan doktor yang kelam kabut, apa yang paling penting ibu yang melahirkan berada pada keadaan paling tenang. Tenang seperti sedang berehat-rehat sahaja dan tiba-tiba bayi keluar sendiri di bawah!


Artikel ini sudah diedit dalam post Cinta Melahirkan Cinta. Baca di sini http://iryaniahmad.blogspot.com/2014/04/cinta-melahirkan-cinta.html




Tuesday, September 24, 2013

Set Berpantang Manakah Paling Bagus?

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Seorang sahabat saya memberitahu, kajian menunjukkan orang Melayu paling banyak menghabiskan duitnya unutuk membeli set berpantang. Saya terkejut, mengapa beliau guna perkataan " menghabiskan duit"? Bukan ke sepatutnya set berpantang ni memang barang keperluan yang sangat penting lepas bersalin?



Lepas puas saya berfikir dengan akal saya yang cetek ini, semua orang bersalin akan fikir ia benda wajib yang mesti ada. Lalu muncullah pelbagai jenis produk set berpantang. Muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pelanggan yang rasa terpaksa membeli semua ini. Penjual pula senang hati.

Kebaikan Kurma Pada Wanita Selepas Bersalin, Nifas & Menyusu

Saya akan mengaitkan hubungan antara makanan sunnah dengan ibu yang dalam berpantang. 

Kurma memberi banyak kebaikan pada manusia dari segi kesihatan dan kerohanian. Di dalam Al-Quran, perkataan kurma disebut sebanyak 24 kali. Tidak boleh tidak, jelas menunjukkan khasiat yang terdapat dalam kurma sangat memberi manfaat pada wanita yang baru bersalin.

Di dalam buah kurma, terdapat sejenis hormon yang hampir sama dengan hormon di dalam badan wanita iaitu hormon oksitoksin. Proses bersalin bermula apabila hormon oksitoksin bergabung dengan reseptor lalu menghasilkan ombak kontraksi yang teratur. Hal ini menyebabkan pintu rahim menjadi semakin luas dan bayi dilahirkan.



Selepas bersalin, hormon oksitoksin berperanan mengecutkan rahim dan mengeluarkan uri serta darah. Otot-otot rahim akan sentiasa mengecut dan meregang hingga berhentinya pendarahan secara bertahap. 

Selain itu, urat darah bernama vena yang berada di kawasan payudara juga akan saling mengecut dan meregang untuk penghasilan susu ibu. Sangat besar kebaikan hormon oksitoksin yang terdapat di dalam kurma hingga tercetusnya perasaan tenang dan penuh dengan kasih sayang. Perasaan ini muncul dengan semulajadi dan bukan dibuat-buat. Subhanllah. 

Selain itu, kurma juga mempunyai sejenis hormon yang hampir sama unsur dan fungsinya dengan hormon estrogen. Di antara fungsi ini adalah untuk tulang, rahim, kulit dan payudara. Subhanallah. Hal ini bermakna, ibu yang keletihan selepas bersalin akan cepat sembuh jika memakan kurma kerana khasiat yang terdapat di dalam kurma sahaja mampu membaik pulih struktur badan si ibu. Maha Suci Allah, pengalaman ini sangat benar kerana saya sudah merasainya sendiri selepas bersalinkan anak yang kedua.

Selain daripada khasiat di atas, kurma juga mempunyai manfaat lain seperti :

  1. Mengubati lesu, letih dan anemia
  2. Melancarkan saluran kencing
  3. Memelihara mata dari rabun
  4. Mencegah strok
  5. Menambah berat badan anak
  6. Mententeramkan perasaan
  7. Melambatkan proses penuaan
  8. Menyihatkan kulit
  9. Mengatasi buasir
  10. Membantu pertumbuhan tulang
Kurma memang sejenis makanan yang paling istimewa berbanding makanan lain. Rasulullah S.A.W juga turut pernah menggunakan perbandingan antara kurma dengan manusia :

“Sesungguhnya permisalan mukmin seperti pohon kurma. Tidaklah kamu mengambil sesuatu darinya, niscaya bermanfaat bagimu.” (HR. ath Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, 12/ no.13514 dan Al Hafidz Ibnu Hajar menyatakan: “Sanadnya shahih).

Wallahua'lam.

Rujukan : penulisan Bapak Dosen di Unimus
http://danusiri.dosen.unimus.ac.id/

Selepas ini, saya mahu berpantang menggunakan produk makanan sunnah sahaja. Kerana melalui pengalaman saya, set berpantang semasa melahirkan kedua-dua anak masih ada lagi sampai sekarang! Sudahnya saya berikan sahaja pada saudara-mara lain yang sedang berpantang.





Set Berpantang Menggunakan Makanan Sunnah

Berharga RM96 sahaja.

Kelebihan dan kebaikan produk terutama tentang kurma boleh baca lanjut seperti di atas.

Berminat, SMS sekarang di 019-7174760

DAN

Bayar di sini 

Mula belajar membina blog

Saya ingin membantu ramai orang untuk membina asas blog sebagai platform asas dalam perniagaan di internet yang mudah dan mesra pengguna. Untuk yang benar-benar berminat untuk menyertai kelas ini, hubungi saya Iryani Ahmad dengan tinggalkan pesanan di inbox. 

Untuk makluman, sesiapa sahaja boleh menyertai kelas ini tidak kira yang sedang bekerja atau yang tidak bekerja. Suri rumah mahupun kaum lelaki, semuanya berpeluang menyertai kelas ini. Untuk keterangan lanjut mengenai kelas boleh lihat di sini





Monday, September 23, 2013

Tahnik Sebagai Pengganti Vaksin

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Pernahkah anda terdengar atau pernah terfikir tentang tahnik sebagai pengganti vaksin? 

Sebelum itu, masih adakah ibu bapa yang beragama Islam yang tidak pernah tahnikkan anak-anaknya? Secara peribadi, saya tahu masih ada ibu bapa yang sambil lewa akan hal ini. Saya sangat sedih memikirkan sebahagian ibu bapa yang mengaku beragama Islam tetapi menganggap ia perkara remeh-temeh sahaja.

Allah telah memberi kita seorang ikon yang sangat sempurna di dunia iaitu Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Mengapa lagi harus berkiblatkan ke sistem barat? Adakah kecanggihan teknologi yang dimilikinya memaksa kita supaya sentiasa menuruti segalanya? Subhanallah, sangat banyak kebaikan bertahnik di sisi Islam demi kesejahteraan badan manusia sendiri.



Tahnik dan Caranya

Definisi tahnik adalah mengunyah kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan. Caranya adalah meletakkan kurma yang telah dikunyah di hujung jari lalu dimasukkan perlahan-lahan ke mulut bayi yang baru dilahirkan. Jari itu digerakkan ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga meliputi kesemua arah mulut bayi. Jika tiada kurma, boleh digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu.

Islam sangat mengambil berat pada soal kesihatan umatnya. Banyak hadis yang merakamkan bahawa Nabi ada melakukan tahnik kepada bayi yang baru dilahirkan. Besar ganjarannya dan faedah sekiranya melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W ini. 



Kebaikan Tahnik dan Perubatan Moden

Tahnik bukan setakat perkara sunnah yang berbentuk ibadah semata-mata. Kajian dari barat telah menjelaskan bahawa tindakan menyuapkan sesuatu yang manis ke mulut bayi mempunyai kesan baik dari sudut kesihatan.

Seorang doktor perubatan, Dr. Muhammad Ali al-Baar dalam buku bertajuk " Majallah al-I'jaz al-Ilmi" menjelaskan bahawa kandungan gula glukos dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil. Kandungan gula glukos yang lebih rendah dari paras yang berisiko menyebabkan bayi akan mengalami kejang otot, kesukaran menyusu, insomnia, gangguan saraf dan sebagainya. Jika bayi terlewat diberikan rawatan, nescaya akan bahayakan nyawa bayi tersebut. Dengan melakukan sunnah nabi iaitu bertahnik, bayi akan menerima glukos yang amat diperlukan. Subhanallah.


Saya tambah rujukan yang baru sahaja dikongsikan oleh seorang sahabat. Menunjukkan betapa pentingnya kehadiran "gula" dalam badan bayi dan mampu menyelamatkan nyawa bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. Boleh baca berita lanjut di sini




Kebaikan Air Liur Semasa Tahnik

Rasulullah S.A.W mentahnikkan bayi dengan air liur baginda yang suci. Usah dipertikaikan mengapa dan kenapa. Semua yang berasal daripada tubuh badan baginda sangat banyak berkatnya. Lalu, adakah wajar kita turut mengunyahkan kurma dan mentahnikkan kepada bayi?

Terdapat beberapa kenyataan yang mengatakan terdapat banyak virus dalam air liur si pengunyah kurma. Apatah lagi, bayi yang baru dilahirkan belum lagi mempunyai sistem pertahanan badan yang baik. Masalah air liur yang kotor dan macam-macam lagi.

Penyelidikan yang dibuat terhadap 184 bayi Sweedish yang diterbitkan oleh journal Pediatrics menunjukkan kebaikan makanan yang dikunyahkan oleh ibu atau bapa lalu menyuapkannya ke mulut bayi. Air liur orang dewasa mempunyai manfaat tersendiri kepada bayi dalam hal menangani beberapa jenis penyakit. Boleh baca lanjut artikel tersebut di sini. Antara keputusan kajian tersebut adalah dapat mengurangkan alahan.

Kurma yang diberikan kepada bayi ketika proses tahnik, hasil daripada kunyahan mulut sebenarnya mempunyai ikatan spiritual yang kuat kepada bayi. Walaupun benda ini dilihat seperti cara orang lama atau orang tua-tua dahulu sahaja yang buat macam ini. 



Ditahnikkan oleh Orang Soleh

Para ulama' sangat menggalakkan agar bayi ditahnikkan oleh orang soleh. Ketika bertahnik, urat-urat mulut menjadi kuat. Diharapkan supaya mulut bayi kuat untuk memudahkannya menghisap susu ibunya secara semula jadi. Melalui air liur orang soleh diharapkan mengalir rasa cinta terhadap fitrah Islam kerana lidah orang soleh itu yang banyak berzikir pada Allah. InsyaAllah bayi tadi tumbuh membesar menjadi hamba Allah yang soleh. Disulami dengan roh serta pendidikan Islami dalam keluarganya.

Imam al-Nawawi dalam Syarh Muslim ada menyatakan :

" Digalakkan bahawa orang yang mentahnik itu daripada kalangan orang soleh atau sesiapa yang diinginkan keberkatannya samada lelaki atau perempuan. "

Walaubagaimanapun sejurus selepas bayi dilahirkan, lebihan kurma di dalam mulut ibu boleh terus ditahnikkan ke dalam mulut bayi. Sebaik-baiknya dilakukan sebelum bayi menyusu ibu buat kali pertama. Tujuannya adalah untuk memberi kekuatan kepada mulut dan rahang bayi untuk menyusu kemudiannya. Rujukan daripada buku Tarbiatul Aulad Fil Islam karangan Syeikh Nasih Ulwan.




Khasiat Kurma Kepada Bayi

Jelas, apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi S.A.W mempunyai perancangan yang sangat baik kepada umat baginda. Terbukti Nabi menggunakan kurma ketika bertahnik kerana buah kurma mempunyai kandungan unsur-unsur penting yang dapat melindungi bayi dari penyakit dan menguatkan sistem pertahanan badan. Boleh baca lagi tentang khasiat kurma di sini.

  1. Kurma mengandungi gula berbentuk glukosa pada kadar yang banyak.
  2. Glukosa dan fruktosa, gula ringkas ini sangat mudah dihadam oleh usus dan berkalori tinggi.
  3. Kandungan gula dalam kurma dapat tenangkan urat saraf bayi dan menjadikan bayi berasa selamat.
  4. Setelah kurma dikunyah dalam mulut, kurma akan bercampur dengan pelbagai bakteria dalam air liur. Ia memberi benteng kuat pada sistem pertahanan badan bayi, sama seperti tujuan asal vaksin.
  5. Kandungan protein dalam kurma dapat melindungi tubuh daripada serangan penyakit, seimbangkan cecair dalam darah dan memberi kebaikan yang banyak kepada otak bayi.
  6. Potassium dan sodium yang terdapat dalam kurma dapat menstabilkan denyutan nadi bayi.
  7. Zat besi dan kalsium merupakan kandungan penting bagi pertumbuhan bayi, ia mempengaruhi dalam penghasilan sel darah dan tulang sumsum.
  8. Kandungan vitamin A mampu meningkatkan daya pendengaran dan penglihatan mata bayi yang baru lahir.
  9. Kurma kering mengandungi aspirin semulajadi yang dapat mengurangkan rasa sakit.
  10. Sebagai multivitamin kerana mempunyai gizi yang hampir lengkap bagi tubuh badan manusia.


Najis Bayi Masih Suci

Kurma atau madu yang digunakan semasa bertahnik tidak menjejaskan status najis bayi lelaki sebagai najis ringan. Ibn Solah dalam Fatwanya berkata : 

" Tidak ada kesan dengan sesuatu yang ditahnikkan seperti tamar yang disunatkan, namun kalau kadarnya terlalu banyak hingga meninggalkan kesan dalam sistem pemakanan, maka perkara itu dapat mengubah hukum najis bayi lelaki."



Tahnik Pengganti Vaksin

Dimanakah rasionalnya melakukan tahnik boleh menggantikan vaksin? Apabila memasuki bab vaksin, pernahkah kita tanya pada diri sendiri samada ia betul-betul keperluan?

Di sini, bukan tugas saya untuk menjawab semua persoalan ini. Saya akui, setelah melakukan kajian dan rujuk pada pakar dalam bidang ini, sesungguhnya ia adalah kebenaran yang sangat menakutkan berkenaan vaksin.

Jika anda sudah pertimbangkan untuk membenarkan tubuh anak atau diri sendiri dicemari bahan beracun dan najis, itu adalah hak individu. Sedangkan tujuan utama perubatan adalah untuk memelihara kesihatan iaitu memastikan tubuh sentiasa sihat dan menjauhi penyakit. 

Dr. Muhammad Bin Abdullah dalam bukunya yang bertajuk " As-Suyuthi's Medicine of the Prophet" menegaskan bahawa Allah sahajalah yang dapat mengubati dan memberikan kesihatan yang baik, bukan penyelaran dan bukan ubat. 

Saya pasti dalam minda ibu bapa pasti takut sekiranya terkena wabak atau penyakit-penyakit tertentu yang sangat berbahaya. Bukankah Islam telah memberi panduan lengkap, apakah yang perlu dilakukan sekiranya terkena wabak? Percaya tak, kita semua sering ditakut-takutkan demi keuntungan pihak-pihak tertentu.



Darurat

Saya petik kata-kata Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Adaptasi dari Ubatan dan Vaksin Bernajis Dalam Perubatan, Analisa Hukum yang telah dikongsikan oleh seorang kawan :

Darurat untuk menggunakan ubat/vaksin bernajis:

1. Darurat itu memang benar-benar berlaku ke atas kemusnahan nyawa, harta benda dan kesihatan, bukannya andaian atau sangkaan. Andaian/sangkaan mesti kajian yang kukuh dan tidak bias. 

2. Tiada jalan/cara/bahan lain yang dibenarkan syarak untuk elakkan kemudaratan itu ketika dalam darurat. 

3. Mesti berusaha memilih mudarat yang ringan dan tidak terang-terang melanggar perara asas dalam Islam.

4. Hendaklah melepaskan keadaan darurat mengikut kadar yang perlu sahaja, bukan mengambil kesempatan darinya.

5. Hendaklah dicadangkan oleh doktor/bomoh/dukun/pawang/tabib/sinsei Muslim yang adil, tidak bias dan dipercayai pegangan agamanya, kepakaran pengubatannya dan terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil atau menjadi pengganti kepada ubatan tersebut.




Hadis

Saya akhiri artikel ini dengan peringatan oleh seorang manusia yang sangat menyayangi dan mencintai diri kita sebelum kita dilahirkan lagi, Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

" Sesungguhnya seorang mukmin tidak boleh takut ditimpa sakit kerana jika dia tahu manfaat yang datang daripada sakit, nescaya dia akan menginginkan sakit bahkan sampai mati."

(Riwayat az-Dzar)


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

" Tiada seorang Muslim pun yang mengalami musibah tanpa Allah menghilangkan dosa-dosanya seperti sebatang pohon yang rendang daun-daunnya."

Daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersabda :

" Sesiapa dirawat dengan ubat yang dihalalkan oleh Allah, maka dia akan sembuh. Akan tetapi sesiapa yang dirawat dengan ubat yang diharamkan Allah, maka dia tidak sembuh. "


***************************

Dua kelas masih berlangsung:


1. Kelas asas blog dan penulisan



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.



a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.

c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Kelas asas blog dan fan page

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox.

Pendaftaran adalah setiap hari.