Thursday, October 24, 2013

Buah Delima untuk Cantikkan Kulit

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/Delimaawetmuda/Article/


Buah kaya antioksidan, rangsang pengeluaran kolagen dan singkir kedutan



KEADAAN sel kulit yang rosak boleh mengakibatkan proses penuaan berlaku dengan cepat bahkan membuatkan kulit kelihatan kurang bermaya. Pendedahan secara langsung dan berterusan kepada cahaya matahari, pencemaran alam sekitar khususnya perubahan cuaca, pencemaran udara dan masalah lain seperti merokok, kurang minum air, tekanan dan kurang tidur, boleh menjejaskan keadaan kulit. Bagaimanapun, kandungan bahan semula jadi dilihat antara alternatif lain yang dapat membantu mengembalikan kesihatan kulit di samping penggunaan bahan kimia yang merbahaya. 

  
Penyelidik bidang farmasi Universiti Madrid, Dr Ana Castellano, menurut kajian nutrisi klinikal Amerika, buah delima jelas terbukti sebagai bahan antioksidan terbaik untuk menjaga keseluruhan keperluan wanita untuk kekal anggun walaupun di usia lewat selain buah tomato, Vitamin E dan nutrisi lain-lain.

 Katanya, delima yang kaya dengan antioksidan bukan saja selamat digunakan tetapi ia juga mampu membantu mencerahkan kulit di samping mencegah kerosakan radikal bebas dan tekanan oksidatif yang dipercayai penyumbang kepada penuaan awal atau pramatang. 

“Sumber pencerah yang ada dalam buah berkenaan berupaya melambatkan pengeluaran melanin, sekali gus menghalang berlakunya pigmentasi pada kulit wajah yang boleh menjadikan kita kelihatan lebih tua. Pengambilan buah delima juga mampu mempertingkatkan kelembapan dan mengembalikan keanjalan kulit anda.

 "Kandungan buah delima yang kaya dengan antioksidan, vitamin A, B, C dan E, asid amino, potasium serta zat serta mineral lain, dapat melindungi kulit daripada rosak akibat radikal bebas dan ini bermakna, penggunaannya mampu melawan penuaan, kedutan, kulit kusam dan pigmentasi. 

  

 

INFO: Khasiat buah delima

  1. Buah delima banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.  
  2. Kulitnya mengandungi asid tannin yang berkesan untuk menangani masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. 
  3. Di beberapa kawasan di Iran dan Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah pernafasan berbau. Ia turut membantu membersihkan mulut dan gigi serta mencegah jangkitan mulut.
  4. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.
  5. Ia membantu membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Buahnya yang masam juga boleh mencegah daripada muntah.
  6. Ada tiga jenis delima iaitu delima putih, merah dan ungu namun delima paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah.
  7. Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Asia Barat.
*******************************************************************************

[IKLAN]

7 guru online sedang bertugas. 15 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari. 

Kami menawarkan dua kelas online di bawah.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes

PM saya Iryani Ahmad untuk pendaftaran. Kita mulakan analisa sebelum mula kelas.

Produk makanan sunnah ada di SINI.



Wednesday, October 9, 2013

Berubat dengan Makanan Sunnah

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim

Maha Suci Allah. Saya seorang yang sangat tak suka makan ubat sejak kecil hingga sekarang. Wallahua'lam, tak tahu mengapa. Semuanya bermula ketika cuti semester pada tahun 2 di universiti iaitu pada tahun 2007. Saya telah menghabiskan cuti di sebuah pondok pengajian di Kelantan. Mata hati dijentik dan saya diajar untuk melihat dunia sekeliling dengan sudut pandang dan dimensi yang berbeza.

Masyarakat di sana mempunyai kebergantungan yang sangat tinggi pada Allah. Tawakkal yang sangat kuat. Hanya pada Allah. Jika mereka sakit, Allah dulu yang dicari. Saya terkesima. 



Makanan sunnah dan segala herba yang terdapat di dapur dimanfaatkan sepenuhnya. Begitu juga dengan buah-buahan tempatan. Rupa-rupanya semuanya mempunyai khasiat penyembuhan yang sangat luar biasa hebat pada sistem tubuh ketika sakit. Aura penyembuhan makin mujarab setelah ditambah dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran terhadap makanan tersebut. Subhanallah.

Banyak persoalan yang ingin diutarakan. Tapi, lidah kelu. Mungkin sebab tidak tahu mahu bertanya yang mana satu dahulu. 

Sahabat saya di sana tidak dapat menjelaskan secara saintifik bagaimana dan mengapa, mereka tidak pergi ke hospital apabila sakit. Kemudian seorang ustaz menyuruh saya membuat kajian sendiri. Beliau hanya katakan, semua yang Allah ciptakan sudah cukup untuk kita. Apa yang Allah hadiahkan di sekeliling kita berupa tumbuhan dan haiwan, mempunyai manfaat yang tersendiri untuk manusia di sesuatu tempat. Ada sebab mengapa setiap tumbuhan dan haiwan di sesetengah tempat adalah unik antara satu sama lain. Dunia di luar sana sangat menipu kita semua.

Saya tak faham. Apa yang tipunya? Saya mahu pertimbangkan pendapat ustaz tersebut. 

Bermula dari situ, saya membuat kajian. Buku-buku yang berkaitan perubatan saya mula baca dengan penuh minat. Saya mula jatuh cinta untuk menimba ilmu tentang khasiat tumbuhan dan sayuran. Kemudian, secara tak sengaja saya telah berjumpa dengan tim/kumpulan yang meperjuangkan remedi semulajadi. Semua fakta di situ sangat menyokong segala usaha saya selama ini. Di dalam tim/ kumpulan tersebut, para ibu sangat teruja menggali ilmu tentang remedi yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.



Saya bukan anti-hospital atau anti-doktor. MasyaAllah. Kerjaya seorang doktor adalah sangat mulia. Begitu juga dengan semua pekerjaan yang terlibat di hospital. Allah sahajalah yang berhak mebalas segala jasa baik kalian.

Kini, saya mula berasa yakin terhadap kata-kata ustaz tersebut. Saya merasakan sudah berada pada tahap keyakinan yang benar. Nekad untuk meneruskan misi perjuangan ini. Apabila sakit, Allah dahulu yang dicari, bukan doktor atau manusia lain. Semoga Allah memberkati dan meredhai perjuangan ini. Amin.

Ubat Demam tanpa Panadol

Teks : Iryani Ahmas
Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim

Maha suci Allah. Fatih dan Hassan baru sahaja sembuh dari demam. Sejak Fatih dan Hassan lahir, sudah beberapa kali mereka demam atas beberapa faktor. Kedua-duanya, Allah bagi peluang untuk sembuh sepenuhnya tanpa pernah makan sebarang ubat. Paracetamol, antibiotik dan lain-lain ubat. Pendek kata, mereka tidak pernah makan sebarang ubat sejak lahir.

Saya ambil keputusan mahu mencuba kaedah semulajadi bukan kerana saya menolak perubatan moden. Tapi, bagi saya apa salahnya kalau cuba dahulu kaedah ini. Lagipun, saya bukan pandai-pandai sahaja. Kaedah ini juga disokong oleh beberapa doktor juga. 

Setakat ini, mereka sembuh dengan remedi semulajadi. Demam pula tidak terlalu tinggi dan mereka sangat aktif. Saya masih merujuk pada doktor atas apa yang saya buat.



Apa yang saya lakukan jika anak demam adalah :
  1. Minum banyak air. Saya bagi minum air kelapa sebagai elektrolit. Semasa demam, biasanya mereka susah mahu minum air. Jadi, saya bagi air jus buah buatan sendiri, bukan beli di kedai yang dalam botol/kotak tau. Kena cairkan dahulu kepekatan jus mengikut usia bayi. 
  2. Biasanya saya bagi jus oren sebagai sumber vitamin C dan jus tembikai sebagai sumber kekuatan imun. Sifir saya mudah. Banyak minum=banyak buang air. Jadi, panas dalam badan cepat turun.
  3. Bagi minum air rebusan barli. Saya bagi minum tanpa letakkan gula.
  4. Selain itu, saya bagi minum air rebusan kurma dan kayu manis. Yang penting mesti banyak minum, jika tidak mahu minum susu. Air rebusan ini boleh juga dijadikan jus tonik ubat batuk
  5. Mandikan selalu, setiap 2 jam. Saya mandikan dengan air yang tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas.
  6. Basahkan kepala dan bawah ketiak selalu dengan kain basah.
  7. Berikan sup tulang ayam. Subhanallah. Air rebusan tulang ayam dapat menguatkan sendi-sendi tulang yang lemah ketika demam.
Kalau mereka tak mahu semua jenis air yang saya buatkan seperti di atas, saya terpaksa gunakan cara ini. Paksa mereka makan 1 sudu minyak kelapa dara. Disebabkan saya ini cerewet sangat teliti, maka saya hanya bagi yang saya yakin sahaja. Hihi

Yang berbentuk kapsul, saya amat berwaspada. Saya agak meragui kandungan gelatin. Maka saya hanya berikan minyak kelapa dara buatan tangan orang kampung dan keluaran universiti (UTM, Skudai) sahaja. Kedua-dua produk ini, saya sudah lihat sendiri cara pemprosesan produknya. Di UTM, Skudai banyak produk tradisional yang sudah dikeluarkan secara komersial.

Minyak kelapa dara bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Selain itu, boleh juga diberikan ekstrak minyak zaitun. Baca khasiat Minyak Zaitun di sini. Khasiat Minyak Zaitun.


Point penting yang saya selalu jaga semasa anak demam adalah :
  1. Tingkatkan sistem pertahanan badan anak - sup ayam, air kelapa, jus buah, elakkan gula dan makanan berproses.
  2. Beri makan probiotik bukan antibiotik. Antibiotik akan bunuh semua bakteria jahat dan baik. Badan perlukan bakteria baik - Minyak kelapa dara, ekstrak minyak zaitun.
  3. Pastikan anak aktif dan ceria. Kalau dia mahu dukung 24 jam, layankan. Asalkan anak gembira, maka cepat sembuh. Orang murung lambat sembuh. 
  4. Turunkan suhu secara bertahap bukan mendadak - lap badan, mandikan dengan air bersuhu sederhana.
  5. Rawatan rohani - selawat shifa', solat hajat, solat taubat, bersedekah.
==================================================

Iklan :

14 kelas sedang berlangsung secara online. Akademi menawarkan platform bagi surirumah untuk mula bisnes atau bekerja dari rumah. Sertai kami:


Pendaftaran untuk 2 kelas asas blog dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage (bisnes)

PM saya Iryani Ahmad untuk pendaftaran. Kita mulakan analisa sebelum mula kelas.

Friday, October 4, 2013

Makan Daging Kambing Panas Eh?


Sedangkan pada masa kini, kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia. Daging kambing juga menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara, selain pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lemb, Malah, terdapat kajian mendapati daging haiwan kambing lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn, misalnya mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

Kajian yang dijalankan ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Mereka mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurang keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat. Peraturan kedua pula ialah memasak daging dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

Semua kelebihan daging kambing daripada segi kesihatan itu diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria. Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan pentingnya nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan. Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini. Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan korban Hari Raya Aidiladha.


==================================================

Iklan :

Akademi menawarkan platform bagi surirumah untuk mula bisnes atau bekerja dari rumah. Sertai kami:

Pendaftaran untuk 2 kelas asas blog dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage (bisnes)

PM saya Iryani Ahmad untuk pendaftaran. Kita mulakan analisa sebelum mula kelas.

Wednesday, October 2, 2013

Ubat Batuk menggunakan Makanan Sunnah

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim




Segala puji bagi Allah yang telah kurniakan nikmat kesihatan kepada kedua-dua anakanda. Anak saya yang pertama, sudah berumur 3 tahun 3 bulan dan yang kedua, Hassan sudah berumur 1 tahun 8 bulan.


Mereka berdua juga belum pernah makan walau sedikit pun ubat batuk. Semasa batuk, batuknya juga tidak lama. Hanya 3 hari sahaja. Saya membuat sendiri remedi menggunakan makanan sunnah seperti kurma. Baca lanjut tentang khasiat kurma di sini. Khasiat Kurma. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah 7 biji kurma, kayu manis dan sedikit madu. Rebuskan 7 biji kurma yang telah dibuang biji bersama sebatang kayu manis. Renehkan sehingga air menggelegak hingga warna air bertukar warna keruh. Biarkan sehingga air sejuk pada suhu bilik. Boleh tambahkan sedikit madu.

Bagi anak minum selalu. Kadang-kadang, saya tambahkan buah-buahan lain seperti epal atau buah pear bagi menambahkan sumber vitamin di dalamnya. InsyaAllah, memang cepat baik. 


jika anak masih menyusu secara eksklusif atau di bawah usia 6 bulan, mama sahaja yang minumkan.


Remedi ini juga saya telah gunakan pada suami jika beliau batuk. Alhamdulillah, beliau juga sudah tak pergi lagi ke klinik apabila batuk. Cukup hanya meminta saya ke dapur bagi menyediakan 'penawarnya'


* Penting bagi ibu-ibu yang masih meneruskan penyusuan eksklusif supaya tidak makan sebarang makanan berproses dan GULA! Big NO NO NO to SUGAR. Bertahan ye minum air tanpa gula hatta gula perang sekalipun. Air sejuk dan air berais pun katakan tidak semasa anak selsema atau batuk. Apatah lagi aiskrim.

Disclamer/ penafian : Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain pengalaman.