Friday, January 3, 2014

Resepi Roti Canai Sihat & Berkhasiat.

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Salam Jumaat Penghulu segala hari, hari yang penuh berkah !


Pagi Jumaat ini, hati saya tersentuh. Melihat kejayaan sahabat-sahabat di Jelitawan Organiks yang berjaya mendidik anak-anak mereka menghafal Al-Quran. Anak-anak hebat ini seawal usia 2 tahun hingga 6 tahun. Subhanallah. Moga-moga Allah memberi izin kepada kedua pejuang kecil di rumah Baytul Qanaah, Fatih & Hassan dapat hafaz 30 juzu' Al-Quran. Cepat cerna ya bunayya Fatih & Hassan. Moga membesar dengan akhlak Al-Quran kerana itu yang akan membimbing dirimu mendapat tempat yang baik di sisi Tuhanmu Yang Maha Penyayang.



Penghijrahan saya mahu mengubah cara makan ke arah lebih semulajadi. Setelah sekian lamanya menahan diri mahu makan roti canai di luar, akhirnya diizinkan juga mencubanya. Akhirnya tercipta resepi Roti Canai Sihat Lagi Berkhasiat. 

Bagus juga buat para sheikh di rumah ini yang demam dan kehingusan. Ini juga boleh dijadikan idea resepi remedi semulajadi buat anak yang sedang berjuang jihad membina kekuatan tubuh. Minyak zaitun yang banyak digunakan dalam resepi ini moga-moga dapat menjadi sumber kekuatan imun dalaman meningkat secara semulajadi. Hanya ujian kecil sahaja kesakitan ini sebelum bertempur dengan yang lebih besar lagi wahai para mujahid Fatih & Hassan. Amin.




Resepi Roti Canai Berkhasiat :

500g Tepung Asli Intasir (dari Turki)
Telur 1 biji
1 cawan susu segar
2 sudu gula perang organik
secubit garam bukit berwarna pink
butter homemade/ olive oil

Cara-caranya :

  1. Gaulkan tepung dengan garam dan gula. Buatkan bulatan di tengah adunan tepung. Pecahkan telur di tengah adunan tepung. Gaul Sebati.
  2. Tuang susu dan gaul sebati hingga doh tak melekat di tangan. 
  3. Coletkan olive oil atau butter buatan sendiri pada doh hingga lembut.
  4. Bahagi doh kepada doh dan uli lagi.
  5. Bahagikan doh kepada doh yang lebih kecil sebesar penumbuk tangan. Sapukan olive oil pada keseluruhan doh semasa proses menguli.
  6. Perapkan doh dengan olive oil semalaman.
  7. Esok paginya, saya yang tak belajar lagi skil menebar, hanya mencanai guna hujung jari di atas dulang. Dulang disapukan dengan sedikit minyak supaya tak melekat. Canai hingga jadi nipis tapi tak sehingga koyak.
  8. Lipat bentuk sesuka hati. 
  9. Bakar atas kuali dengan sesudu minyak.
  10. Makan panas-panas dengan kuah kacang dal.

Selamat mencuba!
Selamat khatam surah Al-Kahfi dan berpesta Jumaat!


*******************



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm Iryani Ahmad atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


Post a Comment