Thursday, February 6, 2014

Betul ke Anak Melayu Senang Gagal Matematik & Sains?

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Saya baru sahaja menyelak koleksi buku-buku lama di rak buku. Terpandang kenyataan seorang pakar motivasi terkenal tanah air mengatakan dah jadi macam sinonimlah orang Melayu b*d*h Sains dan Matematik. Entah mengapa bila sebut Sains dan Matematik, menggeletar kepala lutut anak Melayu kita.


Saya nak buka satu rahsia. Saya dulu belajar ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (sampai semester ke-5 sahaja) dalam bidang Matematik Tulen. Sungguh-sungguh matematik. Kalkulus. Statistik. Algebra. Logik. Programming. Analisis. Dan lain-lain subjek. Bukan nak kata saya pandai sangat. Tak termasuk pun dalam kategori pelajar cemerlang. Suam-suam kuku sahaja. Lagipun, bonda saya yang isi borang UPU dan memilih bidang Matematik ini. Hihi. (Nampak sangat tak mahu masuk universiti). Dulu saya berangan-angan selepas belajar di Matrikulasi, saya akan jual kuih-muih dan pisang goreng sahaja di depan rumah.

Sungguh saya buntu mahu memilih kursus apa pada masa itu. Matematik menjadi pilihan disebabkan hanya subjek itu yang cukup-cukup makan. Maka, masuklah saya ke menara gading dan belajar Matematik. Rasa risau juga kerana lebih separuh kelas penuh dengan pelajar kaum Cina sahaja. Tapi yang peliknya, semua pensyarah kami adalah kaum Melayu.


Pendekkan cerita, terbukti sebahagian kecil pelajar Melayu yang ada dalam kursus Matematik sangat cemerlang. Malah dapat mengalahkan pelajar kaum lain. Di sini bukan menekankan diskriminasi kaum. Saya sanggup belajar bahasa mandarin pada semester ke-3, semata-mata mahu berkawan dengan mereka. Alhamduliilah, banyak manfaat kerana lebih mudah berkomunikasi dengan mereka. Kini, semua pelajar Melayu dalam kelas saya sudah menjadi pensyarah di universiti kecuali saya seorang.

Antara tips yang saya boleh kongsikan seperti yang disarankan penulis Dr. HM Tuah dalam bukunya yang bertajuk Nak Ke Tak Nak, supaya anak Melayu cemerlang dalam matematik dan Sains adalah seperti berikut : 


  1. Tanamkan minat belajar sejak awal seseorang kanak-kanak itu dengan menyediakan makanan yang betul.
  2. Contohnya perut tidak lapar dan tidak terlalu kenyang ketika masuk belajar di sekolah. Jangan tak makan langsung dan jangan makanan berat seperti nasi lemak. Nanti "mengantuk!".
  3. Banyakkan makan kurma, kismis dan  badam.
  4. Kenapa kurma, kismis dan badam? Supaya menjadi wadah untuk kuat ingat. 
  5. Buah badam dan kismis mengandungi zat yang sangat diperlukan bagi merangsang pertumbuhan otak manusia terutama pada tahap kanak-kanak.
  6. Masyarakat Arab dan India menjadikan kedua-dua sumber ini sebagai bahan campuran dalam makanan harian mereka.
  7. Cara makannya, ikut cara hafiz makan. Tak sampai kenyang dan buncit. Cara makannya 7 biji badam dan 7 biji kismis 3 kali sehari dan doa belajar.
  8. Untuk memiliki ingatan yang kuat seperti para hafiz, kena ikut lagi beberapa petua iaitu jangan buat dosa, jangan buat maksiat dan jangan makan makanan haram. Perkara-perkara begini sangat mempengaruhi akal dan rasa hati manusia.
  9. Makan kurma. Lihat orang Arab yang telah hidup bersama-sama kurma sejak berkurun-kurun silam. Mereka kuat daya ingatan seluruh Al-Quran mereka boleh hafaz. Malah, hadis juga. Pakcik jual sayur di pasar juga hafaz Al-Quran dan hadis.
  10. Apa salahnya kita orang Melayu ambil semua kebaikan dan khasiat makanan sampingan yang telah diamalkan oleh pelbagai bangsa di dunia ini sejak berzaman.
  11. Tambahan dari saya, kalau tak faham sila bertanyakan pada cikgu/senior/pensyarah. Jangan biarkan kekusutan bertampuk-tampuk. Semangat boleh jatuh mahu belajar. 
Sekian . Wallahua'alam.


***********************************

Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Post a Comment