Wednesday, March 19, 2014

Bidan Terjun 'Maya'

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : kredit to Umm Zuhayr


Entri lama yang tertangguh. 


Mahu Bersalin Alami

Baiklah, semuanya bermula apabila pada suatu hari, Nailah whatsapp saya. Beliau mahukan saya memberikan sokongan motivasi tentang hasratnya yang mahukan kelahiran yang lebih 'alami' pada kali ini. Buat anak keduanya. Saya membalasnya, cuba bantu setakat yang saya tahu dan mampu. Selebihnya semuanya bergantung beliau dan suami dan tentu sekali atas izin Yang Maha Esa. Saya menyuruhnya update tentang dirinya kepada saya apabila kandungan sudah 'full term' atau ada terasa sakit/ tak selesa di mana-mana. 

Pada suatu hari, beliau memberitahu sudah terasa sedikit 'surges'. Keluar sedikit 'spot'. Itu normal, kata saya. Saya cuba untuk alihkan perhatiannya supaya beliau tidak terlalu memikirkan tentang 'tanda bersalin' tersebut. Maksud saya bukanlah mengabaikan. Ia cuma mahu mengekalkan hormon 'tenang' di dalam badannya. Beliau dapat memasak untuk anak sulongnya Zuhayr, memandikannya dan bermain bersamanya. Alhamdulillah. Surges tidak ketara dan tidak kerap.

Selepas suaminya pulang ke rumah, beliau cemas memberitahu saya. Suaminya ajak pergi ke hospital segera! Saya katakan terpulang pada keputusan mereka tetapi pada pendapat saya 'lewatkan' kalau boleh memandangkan 'surges' masih belum begitu kuat dan kerap. Alhamdulillah, beliau berjaya mengalihkan perhatian suaminya dengan rancangan bola. Hehe



Ombak Kontraksi

Malam semakin menjelang, surges semakin menyengat dan semakin kerap. Saya menaipkan kata-kata semangat buatnya. Beliau baca berulang kali dan terhafal secara tak sengaja. Selepas ibunya dari Kulim tiba di KL sekitar jam 4 pagi, barulah beliau pergi ke hospital dan meninggalkan Zuhayr bersama ibunya.

Sampai sahaja di hospital, bukaan serviks sekitar 3-4 cm kalau tak silap saya. Memandangkan keadaan beliau yang sangat 'cool', beliau dapat berehat di bilik ward. Tidak dipaksa masuk ke bilik bersalin. Beberapa tips mudah dapat beliau praktis bersama suaminya. (Sila email saya jika mahu tips ini memandangkan ia agak sensitif untuk umum).

Selepas subuh, saya bertanyakan hal beliau. Tiada balasan. Aduh, saya pula yang terasa 'surges'. Senak perut bukan main lagi. Pinggang saya yang terasa mencucuk. Saya pasti beliau membaca pesanan dan bebelan saya dalam whatsapp. Kata-kata semangat saya taip terus menerus. 


kredit to Umm Zuhayr ;)


Alhamdulilah, akhirnya penantian ombak kontraksi berakhir dengan lahirnya bayi perempuan seberat 3.35kg pada pukul 10.53 pagi. Fakta menarik tentang bersalin alami anak kedua sahabat bertuah ni, beliau tidak melahirkan di bilik bersalin. Sebaliknya hanya di ward sahaja dan masih memakai pakaian beliau sendiri bukannya uniform rasmi pesakit hospital. Beliau menyuruh suaminya memanggil nurse setelah rasa betul-betul mahu 'terberak'. Nekad sungguh beliau. Dalam tempoh kelam kelibut akhirnya beliau dapat menikmati saat-saat indah bersalin bersama suaminya. Nurse masuk sahaja, baby terus meluncur keluar. Doktor baru sampai di tangga. Apabila doktor masuk ke bilik ward, semuanya sudah selesai. MasyaAllah.

Doktor juga agak terkejut kerana proses bersalin anak keduanya sangat mudah dan cepat memandangkan beliau ada 'rekod' pada kelahiran yang lepas. Semuanya atas izin Allah juga dan semangat keibuannya yang sangat tinggi pada kali ini tidak mahu sebarang ubat penahan sakit. 


* Sambung nanti tentang menjadi bidan terjun maya buat kali kedua untuk Hajjah Farmasi yang Berani



Post a Comment