Wednesday, January 29, 2014

Habatussauda Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google
Sumber : http://attuffahumairah.blogspot.com




Bagi orang lelaki, Habbatus Sauda membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Habbatus sauda didapati membantu meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. Jadi, jika sedang merancang untuk mendapatkan anak, eloklah suami mengamalkan supplemen Habbatus sauda.

Selain daripada kesuburan lelaki. Paras hormon testosteron juga membantu orang lelaki untuk terus bertenaga dan bersemangat seperti yang ditulis oleh Ibnu Sina di dalam Buku Perubatannya, Habbatus Sauda boleh merangsang tenaga, membantu menghilangkan keletihan dan boleh memulihkan semangat.

Insya-Allah, kita boleh cuba sendiri dan rasa bagaimana perbezaannya selepas mengamalkan Habbatus Sauda seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi

Susu Kambing untuk Anak 2 tahun ke Atas.

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google


Bismillahirrahmanirrahim

Entri ini ditulis khas buat Puan Fatimah. Selepas bayi mendapat susu ibu sepenuhnya selepas  dua tahun, susu apakah yang perlu diminum selepas itu. Ini antara dilema para ibu demi memastikan anak mendapat sumber kalsium yang cukup untuk cahaya mata tersayang. 

Sebetulnya saya hanya terfikir susu segar sahaja untuk anak lebih 2 tahun. Tentulah yang segar lebih baik daripada yang diproses. Kalau tiada susu segar ketika darurat misalnya dalam keadaan musafir, boleh gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan kalsium.





Cara penyediaan susu kambing sama sahaja seperti susu ibu. Samada yang baru diperah atau secara sejuk beku. Sebaiknya susu kambing itu datangnya dari ibu kambing yang bebas dari segala racun. Samada racun melalui vaksin atau makanan segera yang kambing makan. Sebaiknya kambing yang makan rumput sahaja. Masih wujudkah kambing sebegitu? InsyaAllah, ada! Saya baru tahu satu sahaja kerana baru survey di ladang itu. 

Saya lampirkan sekali cara pengendalian susu kambing yang sama seperti susu ibu seperti di bawah :

Rujukan : Kump Ibu Menyusu



ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.



FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun



BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:

* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

http://whenmayend.blogspot.com/

**********************************************


Friday, January 3, 2014

Resepi Roti Canai Sihat & Berkhasiat.

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Salam Jumaat Penghulu segala hari, hari yang penuh berkah !


Pagi Jumaat ini, hati saya tersentuh. Melihat kejayaan sahabat-sahabat di Jelitawan Organiks yang berjaya mendidik anak-anak mereka menghafal Al-Quran. Anak-anak hebat ini seawal usia 2 tahun hingga 6 tahun. Subhanallah. Moga-moga Allah memberi izin kepada kedua pejuang kecil di rumah Baytul Qanaah, Fatih & Hassan dapat hafaz 30 juzu' Al-Quran. Cepat cerna ya bunayya Fatih & Hassan. Moga membesar dengan akhlak Al-Quran kerana itu yang akan membimbing dirimu mendapat tempat yang baik di sisi Tuhanmu Yang Maha Penyayang.



Penghijrahan saya mahu mengubah cara makan ke arah lebih semulajadi. Setelah sekian lamanya menahan diri mahu makan roti canai di luar, akhirnya diizinkan juga mencubanya. Akhirnya tercipta resepi Roti Canai Sihat Lagi Berkhasiat. 

Bagus juga buat para sheikh di rumah ini yang demam dan kehingusan. Ini juga boleh dijadikan idea resepi remedi semulajadi buat anak yang sedang berjuang jihad membina kekuatan tubuh. Minyak zaitun yang banyak digunakan dalam resepi ini moga-moga dapat menjadi sumber kekuatan imun dalaman meningkat secara semulajadi. Hanya ujian kecil sahaja kesakitan ini sebelum bertempur dengan yang lebih besar lagi wahai para mujahid Fatih & Hassan. Amin.




Resepi Roti Canai Berkhasiat :

500g Tepung Asli Intasir (dari Turki)
Telur 1 biji
1 cawan susu segar
2 sudu gula perang organik
secubit garam bukit berwarna pink
butter homemade/ olive oil

Cara-caranya :

  1. Gaulkan tepung dengan garam dan gula. Buatkan bulatan di tengah adunan tepung. Pecahkan telur di tengah adunan tepung. Gaul Sebati.
  2. Tuang susu dan gaul sebati hingga doh tak melekat di tangan. 
  3. Coletkan olive oil atau butter buatan sendiri pada doh hingga lembut.
  4. Bahagi doh kepada doh dan uli lagi.
  5. Bahagikan doh kepada doh yang lebih kecil sebesar penumbuk tangan. Sapukan olive oil pada keseluruhan doh semasa proses menguli.
  6. Perapkan doh dengan olive oil semalaman.
  7. Esok paginya, saya yang tak belajar lagi skil menebar, hanya mencanai guna hujung jari di atas dulang. Dulang disapukan dengan sedikit minyak supaya tak melekat. Canai hingga jadi nipis tapi tak sehingga koyak.
  8. Lipat bentuk sesuka hati. 
  9. Bakar atas kuali dengan sesudu minyak.
  10. Makan panas-panas dengan kuah kacang dal.

Selamat mencuba!
Selamat khatam surah Al-Kahfi dan berpesta Jumaat!


*******************



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm Iryani Ahmad atau mesej inbox apabila sudah bersedia.