Thursday, February 20, 2014

Sujud Ketika Sakit Bersalin

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim

Pembelajaran tentang bersalin adalah subjek yang sangat menarik. Dalam masa yang sama, dapat belajar tentang Allah. Semakin banyak belajar tentang cara kelahiran semulajadi semakin dapat kenal Allah. Ia akan buat kita rasa semakin kerdil, semakin dekat dengan Allah, semakin terharu betapa sayangnya Allah pada kita, tetapi diri kita masih sukar sebulat hati kebergantungan hanya pada Allah.

Sujud

Banyak kesan positif tentang kuasa sujud dalam subjek bersalin. Kita diperintahkan sujud hanya pada Allah. Sebanyak lima kali sehari. Ketika sujud, seluruh pengharapan emosi dan spiritual diserahkan pada Allah sepenuhnya. Ketika sujud, kita sedar Allah tempat kita bergantung dan berharap. Waktu itu diri mulai sedar bahawa kita insan hina lagi lemah. 





Ada seekor makhluk berbulu yang tinggal di kawasan sejuk berais. Di kawasan kutub sejuk itu, seekor beruang betina yang selalu sujud pada Allah. Dia yang selalu mengadu pada Allah, sakitnya dia mahu bersalin. Akhirnya, Allah memudahkan makhluk berbulu ini bersalin dengan cara sujud. Ya, beruang kutub berbulu tebal memang melahirkan anaknya dengan posisi sujud.

Sebagai seorang manusia, makhluk yang mempunyai akal diberi kedudukan yang paling istimewa di sisi Allah, banyak sekali kesan baik apabila selalu bersujud ketika sakit bersalin telah menunjukkan tanda. Tanda manja-manja kontraksi. Semakin hebat serangan ombak kontraksi, hipotesis semakin banyak sujud dapat memudahkan dan mempecepatkan turunnya laluan bayi ke jalannya sangat benar.


Saya copy paste nota dari FB saya :


Antara kata-kata semangat buat mereka yang bakal bersalin :

Aku berserah pada Allah.
Allah melihatku, Allah bersamaku.
It is safe to let go and allow my body to birth my child.
Kesakitan ini hanya sedikit sahaja,
jika dibandingkan dengan dosaku yang menggunung.
My labor discomfort is only a smallportion of my life, 
I can do this for my beautiful baby.
Aku merelakan sakit ini andai semua dosaku diampunkan.
Aku tak keseorangan. Allah sentiasa bersamaku.
Aku berserah semuanya pada Allah.



* Setiap ujian yang diberiNya adalah tanda kasih sayangNya. 


************************************************

Pendaftaran dibuka setiap hari :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

7. Kelas blog bisnes coaching individu.

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :


Email : pn.iryani@gmail.com
Sms : 019-7174760

Friday, February 14, 2014

Hadiah Ulangtahun ke-4

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google





Assalamualaikum mama manis dan jelita. Pada hari ini (kalendar masihi), genap ulangtahun ke4. Alhamdulillah, masyaAllah wa tabarakallah. Baiknya Allah kerana memberi saya peluang ini. Jadi, saya nak hadiahkan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat di bawah dan paling cepat tuliskan komen. Satu sahaja yang terpilih. 

Jom tengok apalah kan syarat tu?

Syarat-syarat :

1. Tulis cerita pendek tentang " Berubat dengan Makanan Sunnah".
2. Backlink blog saya dalam cerita yang anda tulis itu.
3. Dah siap publish entri, tinggalkan link entri anda pada ruangan komen di bawah.

Thursday, February 6, 2014

Betul ke Anak Melayu Senang Gagal Matematik & Sains?

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google

Saya baru sahaja menyelak koleksi buku-buku lama di rak buku. Terpandang kenyataan seorang pakar motivasi terkenal tanah air mengatakan dah jadi macam sinonimlah orang Melayu b*d*h Sains dan Matematik. Entah mengapa bila sebut Sains dan Matematik, menggeletar kepala lutut anak Melayu kita.


Saya nak buka satu rahsia. Saya dulu belajar ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (sampai semester ke-5 sahaja) dalam bidang Matematik Tulen. Sungguh-sungguh matematik. Kalkulus. Statistik. Algebra. Logik. Programming. Analisis. Dan lain-lain subjek. Bukan nak kata saya pandai sangat. Tak termasuk pun dalam kategori pelajar cemerlang. Suam-suam kuku sahaja. Lagipun, bonda saya yang isi borang UPU dan memilih bidang Matematik ini. Hihi. (Nampak sangat tak mahu masuk universiti). Dulu saya berangan-angan selepas belajar di Matrikulasi, saya akan jual kuih-muih dan pisang goreng sahaja di depan rumah.

Sungguh saya buntu mahu memilih kursus apa pada masa itu. Matematik menjadi pilihan disebabkan hanya subjek itu yang cukup-cukup makan. Maka, masuklah saya ke menara gading dan belajar Matematik. Rasa risau juga kerana lebih separuh kelas penuh dengan pelajar kaum Cina sahaja. Tapi yang peliknya, semua pensyarah kami adalah kaum Melayu.


Pendekkan cerita, terbukti sebahagian kecil pelajar Melayu yang ada dalam kursus Matematik sangat cemerlang. Malah dapat mengalahkan pelajar kaum lain. Di sini bukan menekankan diskriminasi kaum. Saya sanggup belajar bahasa mandarin pada semester ke-3, semata-mata mahu berkawan dengan mereka. Alhamduliilah, banyak manfaat kerana lebih mudah berkomunikasi dengan mereka. Kini, semua pelajar Melayu dalam kelas saya sudah menjadi pensyarah di universiti kecuali saya seorang.

Antara tips yang saya boleh kongsikan seperti yang disarankan penulis Dr. HM Tuah dalam bukunya yang bertajuk Nak Ke Tak Nak, supaya anak Melayu cemerlang dalam matematik dan Sains adalah seperti berikut : 


  1. Tanamkan minat belajar sejak awal seseorang kanak-kanak itu dengan menyediakan makanan yang betul.
  2. Contohnya perut tidak lapar dan tidak terlalu kenyang ketika masuk belajar di sekolah. Jangan tak makan langsung dan jangan makanan berat seperti nasi lemak. Nanti "mengantuk!".
  3. Banyakkan makan kurma, kismis dan  badam.
  4. Kenapa kurma, kismis dan badam? Supaya menjadi wadah untuk kuat ingat. 
  5. Buah badam dan kismis mengandungi zat yang sangat diperlukan bagi merangsang pertumbuhan otak manusia terutama pada tahap kanak-kanak.
  6. Masyarakat Arab dan India menjadikan kedua-dua sumber ini sebagai bahan campuran dalam makanan harian mereka.
  7. Cara makannya, ikut cara hafiz makan. Tak sampai kenyang dan buncit. Cara makannya 7 biji badam dan 7 biji kismis 3 kali sehari dan doa belajar.
  8. Untuk memiliki ingatan yang kuat seperti para hafiz, kena ikut lagi beberapa petua iaitu jangan buat dosa, jangan buat maksiat dan jangan makan makanan haram. Perkara-perkara begini sangat mempengaruhi akal dan rasa hati manusia.
  9. Makan kurma. Lihat orang Arab yang telah hidup bersama-sama kurma sejak berkurun-kurun silam. Mereka kuat daya ingatan seluruh Al-Quran mereka boleh hafaz. Malah, hadis juga. Pakcik jual sayur di pasar juga hafaz Al-Quran dan hadis.
  10. Apa salahnya kita orang Melayu ambil semua kebaikan dan khasiat makanan sampingan yang telah diamalkan oleh pelbagai bangsa di dunia ini sejak berzaman.
  11. Tambahan dari saya, kalau tak faham sila bertanyakan pada cikgu/senior/pensyarah. Jangan biarkan kekusutan bertampuk-tampuk. Semangat boleh jatuh mahu belajar. 
Sekian . Wallahua'alam.


***********************************

Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.