Monday, March 24, 2014

Petua Mudah dan Senang Bersalin

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google



Ombak Kontraksi

Bagi bakal ibu yang pertama kali akan merasakan nikmat sakit bersalin, kesakitan itu akan datang dan pergi seperti ombak laut. Malah ombak kontraksi yang datang seterusnya adalah lebih kuat dan menyakitkan. Tak usah lawan. Cukup hanya tenangkan diri. Bertuahlah wanita kerana setiap kesakitan itu menghapuskan dosa kita yang lalu. Saya akui memang sangat menyakitkan. Namun, ia dapat diatasi dengan persediaan fizikal, mental dan rohani yang cukup.




Persediaan fizikal, mental dan rohani

Persediaan fizikal adalah persediaan tubuh badan menempuh hari bersejarah untuk bergelar seorang ibu. Sejauh mana tubuh badan kita dah bersedia. Allah SWT sudah menciptakan tubuh badan wanita sangat sempurna dan lengkap dalam perjuangan melahirkan seorang manusia di muka bumi ini. Namun, sang ibu juga perlu bersedia sebelum pergi berperang berjuang di medan jihad melahirkan seorang bayi. Jika tidak, kita akan berasa sangat sakit hingga emosi dan mental akan terganggu seterusnya meninggalkan rasa trauma dalam diri, tidak mahu lagi mengandung dan melahirkan anak selepas ini.

Apa yang saya lakukan adalah senaman di bahagian pelvis. Lakukan yang mudah seperti menumbuk sambal di lesung batu sambil mencangkung. Tiada penggunaan blender sepanjang mengandung. Ia sangat memberi manfaat pada kekuatan otot pelvis dan perineum.

Persediaan mental dan rohani pula bermaksud sejauh mana kebergantungan si ibu pada Allah SWT. Sepanjang mengandungkan bayi sejauh mana penghayatan ibu pada amalan-amalan yang dapat mendekatkan dirinya pada Allah SWT. Tenggelam pada nikmat zikir dan selawat atas Nabi SAW hingga kesakitan ketika bersalin tidak dirasai sama sekali. Teknik pukaukan diri dengan zikrullah ini harus dilatih sejak awal mengandung lagi. Perkara ini tidak mustahil boleh dilakukan pada diri kita yang biasa-biasa sahaja ini.

Melalui pengamatan yang sangat kerdil ini, kini kebanyakan ibu muda suka memilih hospital swasta yang paling canggih/popular (baca : paling mahal). Mungkin pada pandangan mereka, hospital tersebut dapat memberikan servis yang terbaik. 

Fakta yang amat mengejutkan, skala ibu dibedah sewaktu melahirkan terutama pada waktu bekerja normal (8 pagi hingga 5 petang) adalah paling tinggi di negara membangun dan maju. Tak percaya sila lihat laporan ini di sini


Ternyata melahirkan bayi bukan tugas doktor atau bidan semata-mata. Ilmu dalam bidang ini jika dipelajari dan dikaji bersungguh-sungguh ternyata mampu menjadikan semua ibu berani untuk melahirkan bayi mereka di mana-mana malah berani bersalin seorang diri!





Tiada yang mustahil bagi Allah. Allahuakbar! 




Pengalaman Pertama

Izinkan saya menceritakan pengalaman bersalin. 

Pengalaman ketika menunggu waktu untuk melahirkan anak pertama sangat mendebarkan. Orang kata sakit sangat. Ada orang lain kata seperti sakit senggugut tapi 10 kali ganda lebih dasyat. Aduhai, berdebar sangat rasa apatah lagi masa tu kandungan dah mencecah 38 minggu.


Selepas keluar tanda bersalin iaitu tompokan darah yang sedikit, suami bawa ke hospital. Malangnya hospital di Putrajaya dan sekitarnya tidak terima masuk sekiranya bukaan serviks di bawah 3cm. 

"Bagaimana nak tahu bukaan serviks itu sudah 3cm dan lebih?" 

Begitulah soalan saya kepada doktor. Kira-kira sudah 3 kali saya asyik berulang alik ke hospital kerana menyangkakan sudah hampir bersalin. Pada masa tu, dah mula rasa perut kejang dan sakit.

Justeru kami terus ambil keputusan mahu pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya elok sahaja. Tak pula sakit. Pada tengahari keesokan harinya, saya pergi ke Hospital Pontian dan diterima masuk ke sana. Jururawat suruh masuk sahaja lagipun di dalam wad lengang sahaja. Duduk-duduk rehat katanya.

Memang betul saya duduk-duduk rehat sahaja. 2 hari 2 malam bercuti di hospital. Makan, tidur, baca Al-Quran dan solat apabila tiba waktu solat. Sekali sekala saya dukung bayi yang baru dilahirkan. Cium kuat-kuat. Comel! Subhanallah...

Kesakitan yang Tenang

Kisah semangat ini bermula apabila rakan sebilik saya yang juga seorang ustazah mahu melahirkan anaknya yang ketiga. Pada malam kedua saya di sana, beliau memberitahu saya akan gerak hatinya mahu melahirkan anaknya pada malam ini. Hati ibunya gelisah kerana sudah 2 hari meninggalkan rumah. Apa cerita pada 2 anaknya yang lain itu.

Saya melihatnya hanya terbaring mengiring sahaja. Kadang-kadang duduk mahu minum air. Beliau mengiring ke arah saya. Saya melihat wajahnya dengan jelas. Beliau selalu menutup matanya. Tapi bukan tidur. Beliau sedang bercerita pada saya akan nikmatnya menjadi seorang ibu. Saya sedang mendengar ceramah agama 'live' daripada seorang ibu yang bertarung kesakitan mahu melahirkan anak! 


Saya teringat-ingat wajahnya yang manis itu. Banyak tersenyum apabila berkata-kata. Tiba-tiba beliau turun dari katil dan segera betulkan kainnya. Kainnya basah! Baru saya tahu itulah air ketuban. Banyak hingga menitik ke lantai. Saya tawarkan diri mahu memanggil jururawat. Ketika itu sudah pukul 4 pagi. Kami tak tidur malam itu. Beliau menolak kerana mahu berjalan sendiri. Beliau jalan perlahan-lahan.

Saya hanya melihatnya berjalan sehingga beliau masuk ke bilik bersalin. Tak sampai 15 minit, saya terdengar suara bayi menangis.

Allahuakbar!

Selepas subuh, apabila beliau masuk sahaja ke bilik, saya dengan tak sabarnya bertanya padanya dengan soalan bertalu-talu.

"Akak, senangnya bersalin! Tak sakit ke?" 

Beliau tersenyum sahaja. Beliau berdoa semoga saya bersalin sebelum beliau dibenarkan keluar. Beliau mahu membimbing saya.

Tengahari itu juga saya sudah terasa sakit. Sakit yang tak pernah dialami sebelum ini. Menggeletar gigi dan seluruh tulang mahu menahan rasa sakit ini. Air mata keluar tanpa sedar.

Pukau

Kakak sebilik tadi terus menerus memukau saya dengan alunan zikir. Beliau menyuruh saya berzikir bersama-sama. Kata-kata nasihat terus menerus masuk ke telinga saya. Masyaallah, sampai sekarang masih terngiang-ngiang nasihatnya sepanjang tempoh paling getir dalam hidup saya.

Pada masa inilah, kurma masuk ke mulut saya terus menerus. Sentiasa mengunyah kurma sepanjang masa. Apabila dahaga, minum air masak sahaja. Begitulah pesannya.

Bersalin

Alhamdulillah, suami dapat menemani saya ketika di dalam bilik bersalin. Rupa-rupanya bayi saya berada pada kedudukan mendongak. Maka, saya mengambil masa 1 jam ketika proses mahu meneran. Sangat lama. Alhamdulillah, jururawat bagi saya masa dan tak paksa ketika proses mengeluarkan bayi. 

Saya rasa bertenaga pada waktu tersebut. Malah, sehingga waktu selepas melahirkan. Saya aplikasikan juga teknik memakan kurma semasa mahu melahirkan anak kedua. MasyaAllah, kali ini lebih bertenaga. Yelah, 2 kotak kurma saya makan. 

Rasa bersalin kali kedua, perasaannya sama sahaja seperti selepas membuang air besar. Tak sakit dan rasa lega sangat kat perut! Boleh baca cerita saya bersalin anak kedua di sini. Tetapi, awas ceritanya sangat panjang berjela.

Subhanallah. Segala pujian hannya milik Allah SWT.

Khasiat Kurma

Allah SWT telah memerintahkan Maryam supaya memakan kurma ketika sedang sakit dan lemah ketika mahu bersalin dalam surah Maryam ayat 25. Kajian sains telah membuktikan bahawa memakan kurma bukanlah budaya Arab semata-mata ataupun hanya sesuai untuk cuaca beriklim panas sahaja. Kurma adalah ubat terbaik bagi wanita yang sedang sakit mahu melahirkan anak mengatasi ubat dadah yang mengakibatkan pelbagai kesan sampingan lain.

Boleh baca lagi tentang khasiat kurma di sini. Artikel bertajuk Khasiat Kurma.

Menjadikan diri sendiri sebagai testimoni kerana memakan kurma sepanjang proses melahirkan anak. Dalam perkataan yang lebih mudah, penawar ketika sakit kontraksi adalah kurma. Badan yang letih menahan kesakitan demi kesakitan sepanjang proses kelahiran bayi dapat saya atasi dengan makan kurma. 

Kurma menyumbang tenaga dengan serta merta. Tubuh terus kekal bertenaga dan terasa segar menempuh kesakitan demi kesakitan. Sejurus selepas bayi dilahirkan, lebihan kurma di dalam mulut ibu boleh terus dioleskan sedikit ke dalam mulut bayi, ia dinamakan tahnik. Sebaik-baiknya dilakukan sebelum bayi menyusu ibu buat pertama kali. Rujukan daripada buku Tarbiatul Aulad Fil Islam karangan Syeikh Nasih Ulwan.


 * Testing

Wednesday, March 19, 2014

Bidan Terjun 'Maya'

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : kredit to Umm Zuhayr


Entri lama yang tertangguh. 


Mahu Bersalin Alami

Baiklah, semuanya bermula apabila pada suatu hari, Nailah whatsapp saya. Beliau mahukan saya memberikan sokongan motivasi tentang hasratnya yang mahukan kelahiran yang lebih 'alami' pada kali ini. Buat anak keduanya. Saya membalasnya, cuba bantu setakat yang saya tahu dan mampu. Selebihnya semuanya bergantung beliau dan suami dan tentu sekali atas izin Yang Maha Esa. Saya menyuruhnya update tentang dirinya kepada saya apabila kandungan sudah 'full term' atau ada terasa sakit/ tak selesa di mana-mana. 

Pada suatu hari, beliau memberitahu sudah terasa sedikit 'surges'. Keluar sedikit 'spot'. Itu normal, kata saya. Saya cuba untuk alihkan perhatiannya supaya beliau tidak terlalu memikirkan tentang 'tanda bersalin' tersebut. Maksud saya bukanlah mengabaikan. Ia cuma mahu mengekalkan hormon 'tenang' di dalam badannya. Beliau dapat memasak untuk anak sulongnya Zuhayr, memandikannya dan bermain bersamanya. Alhamdulillah. Surges tidak ketara dan tidak kerap.

Selepas suaminya pulang ke rumah, beliau cemas memberitahu saya. Suaminya ajak pergi ke hospital segera! Saya katakan terpulang pada keputusan mereka tetapi pada pendapat saya 'lewatkan' kalau boleh memandangkan 'surges' masih belum begitu kuat dan kerap. Alhamdulillah, beliau berjaya mengalihkan perhatian suaminya dengan rancangan bola. Hehe



Ombak Kontraksi

Malam semakin menjelang, surges semakin menyengat dan semakin kerap. Saya menaipkan kata-kata semangat buatnya. Beliau baca berulang kali dan terhafal secara tak sengaja. Selepas ibunya dari Kulim tiba di KL sekitar jam 4 pagi, barulah beliau pergi ke hospital dan meninggalkan Zuhayr bersama ibunya.

Sampai sahaja di hospital, bukaan serviks sekitar 3-4 cm kalau tak silap saya. Memandangkan keadaan beliau yang sangat 'cool', beliau dapat berehat di bilik ward. Tidak dipaksa masuk ke bilik bersalin. Beberapa tips mudah dapat beliau praktis bersama suaminya. (Sila email saya jika mahu tips ini memandangkan ia agak sensitif untuk umum).

Selepas subuh, saya bertanyakan hal beliau. Tiada balasan. Aduh, saya pula yang terasa 'surges'. Senak perut bukan main lagi. Pinggang saya yang terasa mencucuk. Saya pasti beliau membaca pesanan dan bebelan saya dalam whatsapp. Kata-kata semangat saya taip terus menerus. 


kredit to Umm Zuhayr ;)


Alhamdulilah, akhirnya penantian ombak kontraksi berakhir dengan lahirnya bayi perempuan seberat 3.35kg pada pukul 10.53 pagi. Fakta menarik tentang bersalin alami anak kedua sahabat bertuah ni, beliau tidak melahirkan di bilik bersalin. Sebaliknya hanya di ward sahaja dan masih memakai pakaian beliau sendiri bukannya uniform rasmi pesakit hospital. Beliau menyuruh suaminya memanggil nurse setelah rasa betul-betul mahu 'terberak'. Nekad sungguh beliau. Dalam tempoh kelam kelibut akhirnya beliau dapat menikmati saat-saat indah bersalin bersama suaminya. Nurse masuk sahaja, baby terus meluncur keluar. Doktor baru sampai di tangga. Apabila doktor masuk ke bilik ward, semuanya sudah selesai. MasyaAllah.

Doktor juga agak terkejut kerana proses bersalin anak keduanya sangat mudah dan cepat memandangkan beliau ada 'rekod' pada kelahiran yang lepas. Semuanya atas izin Allah juga dan semangat keibuannya yang sangat tinggi pada kali ini tidak mahu sebarang ubat penahan sakit. 


* Sambung nanti tentang menjadi bidan terjun maya buat kali kedua untuk Hajjah Farmasi yang Berani



Friday, March 7, 2014

Potty Training - Latihan ke Tandas Anak Bawah 2 Tahun

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google


Entri terperam sekian lama. Menjawab persoalan Ummu Muhammad & Abu Muhammad semasa kami berziarah ke Bayt Al Iman pada akhir tahun lepas.


Bolehkah bayi di bawah 2 tahun dilatih supaya membuang air di tandas. InsyaAllah boleh. Antara yang berjaya adalah Tuan Pengetua Baitul Qanaah. Beliau telah melatih bayi lelakinya semasa berumur setahun tujuh bulan. Malah, ibu mentuanya juga telah berjaya membebaskan lampin buat puteri kesayangan 26 tahun yang lalu semasa berumur 15 bulan. Semuanya dengan izin Allah!



Mangkuk latihan ke tandas :)



Antara tips penting yang boleh dikongsikan adalah :



  1. Wujud rasa terpaksa untuk melatih anak ke tandas semata-mata mahu menjimatkan lampin atau pampers. 
  2. Cloth diapers kepunyaan abang kena diturunkan dengan kadar segera kepada adik yang baru lahir.
  3. Langkah pertama, pakaikan cloth diaper tanpa insert. Apabila sudah 'basah', si comel pasti akan rasa tak selesa. Terus bawa ke tandas untuk cebok.
  4. Ulang langkah tersebut banyak kali sampai anak faham, kalau dia 'basah' mesti pergi tandas. :)
  5. Latihan ke tandas ini untuk buang air kecil dulu. Bawa anak ke tandas setiap 1 jam. Tanyakan samada dia nak buang air tak. Sambil-sambil tu bunyikan suara sshhhyyyy...shhhyyyy... :)
  6. Perkara biasalah kalau 'terlepas' di merata-rata tempat. Sabarrrrr..... Sediakan baldi, mop dan kain lap seawal pagi. Senaman buat para ibu. Bila lagi kan?
  7. Jangan sesekali marahkan anak kalau dia terkencing di merata-rata tempat. Hal ini akan melemahkan semangatnya. Sebaliknya, hanya katakan perkara yang betul iaitu " Fatih buang air kat tandas ye. Katil tempat nak tidur." T__T
  8. Akibat selalu dipesan dengan kata-kata yang baik, insyaAllah akhirnya anak berjaya pergi ke depan bilik air jika terasa mahu membuang air. Kata-kata orang tua terhadap anaknya adalah doa mustajab!
  9. Jika anak sudah pandai buang air di tandas, percayalah air besar juga dia akan pandai dengan sendirinya.
  10. Boleh cuba pakaikan seluar dalam pada anak. Tak perlu lagi cloth diaper atau pampers. tapi ini hanya di rumah tau.
  11. Apabila percubaan buang air besar dah berjaya, maka bolehlah ajar anak mem'buang' betul-betul di mangkuk tandas. Saya terus ajarkan Fatih di jamban cangkung. Tak mahu versi duduk mengenangkan pakcik Fatih sampai sekarang akan tahan 'beraknya' selagi tak jumpa jamban duduk pada usianya mencecah 18 tahun.  T__T
  12. Kalau nak pergi jalan-jalan, sebelum keluar rumah atau tiba sahaja di destinasi, pergi bilik air dahulu. Tanyakan tentang 'hajat' anak. 
  13. Dalam kereta, alas dengan kain atau alas plastik kalis air kalau ter......    


Selamat mencuba
Selamat berpesta alkahfi
Salam selawat atas Nabi S.A.W

*p/s : Belajar bisnes melalui teknik blog secara LIVE dengan saya di Putrajaya. Bisnes jalan, tanpa perlu keluar rumah hari-hari.  Hubungi di 019-7174760.               

Thursday, March 6, 2014

Cabaran 40 hari

Teks : Iryani Ahmad

Sudah bersedia bekerja dari rumah secara maya. Nasihat seorang sahabat yang merupakan seorang kauselor, beliau mengatakan jangan hadkan masa. Beri peluang kepada diri untuk suatu tempoh bertenang. Tidak sesekali menetapkan sampai bilakah tempoh tersebut akan tamat. Saya cuba jaya untuk hari ini. Alhamdulillah semakin stabil setelah mendapat doa restu dan aura positif daripada orang-orang soleh insyaAllah. Tuan Guru Ustaz Dato' Dr. Haron Din yang amat disayangi Allah. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Cabaran 40 hari menyahut seruan kejayaan baru tiba pada hari ke 25. Ada baki lagi 15 hari lagi. Tapi, impaknya Masyaallah hebat. Benarlah, menjemput rezeki itu lebih mudah daripada mencari rezeki. Perangai manusia  sendiri yang lalai dan menangguhkan kejayaan buat diri sendiri. Sedangkan kejayaan untuk dirinya sebenarnya sangat hampir dengan diri mereka sendiri. Allahuakbar!

* Nasihat Mek Lelen sangat-sangat power agar saya segera 'bangkit'. Nantikan pada hari ke-40 mek. T___T