Tuesday, January 10, 2017

Tanda Sakit Nak Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

Tanda Sakit Bersalin

Sakit bersalin biasanya dimulai dengan tindak balas pada otot rahim.  Berikut adalah tanda-tanda sakit bersalin yang biasa dialami oleh ibu hamil ;


  1. Rasa sakit atau nyeri pada kawasan perut bahagian bawah atau pinggang bahagian bawah adalah tanda permulaan kontraksi/contraction rahim.
  2. Tanda keluarnya lendir bercampur darah dari vagina. Ia antara tanda yang meyakinkan bahawa saat hendak melahirkan bayi sudah semakin hampir. Penutup lendir ini yang menutupi serviks atau leher rahim sudah terlepas dan memberi laluan bagi bayi.
  3. Tanda sakit bersalin lain yang mungkin berlaku ialah pecahnya pundi air ketuban. Pundi ini mengandungi cecair yang melindungi bayi selama berada di dalam rahim. Jika pundi air ketuban pecah, cecair jernih, tidak berwarna akan kelihatan. Kadang-kadang, cecair akan kelihatan berwarna coklat kehijau-hijauan. 
Beli ebook bersalin alami di sini http://bersalinalami.blogspot.my/

Monday, January 9, 2017

Petua Mengandung Sentiasa Sihat

Oleh : Iryani Ahmad

Petua Mengandung Sentiasa Sihat


Kesihatan ibu semasa mengandung mempengaruhi kesihatan janin dan ibu. Berikut merupakan antara petua mudah yang boleh dilakukan oleh ibu hamil :

1.    Pilih Makanan Tepat Semasa Berbadan Dua
Ibu hamil digalakkan mengambil makanan yang mempunyai gizi seimbang dan mengikut pembahagian makanan yang betul. Pengambilan gizi makanan yang kurang baik akan menyebabkan bekalan gizi untuk janin di dalam kandungan tidak dipenuhi dengan baik.

2.    Ambil Vitamin dan Mineral Sangat Penting
Sayuran yang berwarna kaya dengan pro vitamin A atau beta karoten yang dapat diubah menjadi vitamin A di dalam tubuh. Selain itu, bahan makanan yang kaya dengan sumber omega-3 banyak didapati pada ikan laut terutamanya ikan tongkol, lemuru, tenggiri dan ikan sardin.

3.    Kepentingan Susu
Susu kaya dengan protein selain kaya dengan kalsium. Susu boleh dikatakan makanan yang hamper lengkap dengan gizi makanan hingga boleh dijadikan makanan alternatif buat ibu hamil. Jangan minum susu ketika makan makanan utama. Ia boleh mengganggu penyerapan kalsium dari susu.


Bagi ibu hamil yang tidak berselera minum susu semasa hamil digalakkan makan makanan lain bagi mencukupi keperluan gizinya. Selain itu, ibu hamil yang sudah mencukupi keperluan gizinya tidak digalakkan minum susu pada setiap hari kerana ia boleh mengalami berlebihan BB dan kesannya tidak baik buat dirinnya dan janin. 

Beli ebook bersalin alami di sini http://bersalinalami.blogspot.my/

Sunday, January 8, 2017

Tips Mengandung Sentiasa Sihat

Oleh : Iryani Ahmad

Tips Mengandung Sentiasa Sihat

Kesihatan ibu semasa mengandung mempengaruhi kesihatan janin dan ibu. Berikut merupakan antara tips mudah yang boleh dilakukan oleh ibu hamil :

1.    Tidak Mengabaikan Waktu Makan
Ibu hamil yang kurang selera makan sering mengabaikan waktu makan. Ia sering terjadi semasa kandungan pada trimester pertama. Makan walaupun sedikit. Hal ini dapat mengelakkan perut masuk angin. Makan sedikit tetapi kerap. Aturan makan wajib diambil semasa waktu makan utama dan makanan sampingan antara selanya.

2.    Pilih Snek Sihat
Makanan snek yang diproses dan mengandungi kandungan karbohidrat seperti gula-gula, coklat, aiskrim, kuih, kek, minuman ringan dan sirap harus dielakkan. Makanan snek yang bijak dipilih oleh ibu hamil tentulah kaya dengan gizi seperti bubur kacang hijau, sayuran, buah-buahan, bergedil dan sebagainya.

3.    Makanan Semulajadi Lebih Baik
Tepatnya ialah makanan yang tidak mengandungi bahan kimia. Bahan yang harus dielakkan ialah bahan perasa atau MSG (monosodium glutamate). Selain itu, makanan yang mengandungi hormone tinggi seperti daging dan ayam yang disuntik agar cepat besar juga harus dielakkan.


Sementara makanan berbahaya lain kerana mengandungi kandungan tinggi logam berat seperti merkuri atau plumbum akan mempengaruhi  pertumbuhan rangkaian darah dalam tubuh dan otak janin. Penggunaan pewarna tekstil dalam makanan seharusnya tidak dimakan sama sekali oleh ibu hamil.

Beli ebook bersalin alami di sini http://bersalinalami.blogspot.my/

Saturday, January 7, 2017

Rahsia Senang Sangat Bersalin Ialah Suaminya Seorang Pemaaf

Oleh : Iryani Ahmad

Bagi memudahkan proses kelahiran, suami perbanyakkan doa kepada ALLAH SWT. Sebagai hamba, ALLAH SWT sahaja tempat pergantungan kita. Di samping berdoa, banyakkan membaca Al-Quran bersama-sama isteri.

Memberi pesan kepada isteri agar menjaga tutur kata dan menghindarkan diri daripada melakukan kemungkaran. Suami yang baik ialah selalu mengingati isteri supaya banyakkan zikir dan ingatkan ALLAH SWT.

Kekuatan jiwa perlu ada pada ibu yang akan bersalin untuk menghadapi saat genting sewaktu melahirkan. Ia seoalah-olah pertarungan di medan perang antara hidup dan mati.

Suami juga digalakkan sentiasa memaafkan kesalahan dan dosa isteri kerana dosa dengan suami juga boleh menentukan mudah atau sukarnya keadaan ibu sewaktu bersalin nanti. Doakan isteri supaya senang dan mudah sewaktu hendak bersalin.

Beli ebook bersalin alami di sini http://bersalinalami.blogspot.my/

Friday, January 6, 2017

Pentingnya Kehadiran Suami Ketika Isteri Bersalin

Oleh : Iryani Ahmad

1  Sebagai  Persediaan Jiwa 

  • Kehadiran suami di sisi isteri sewaktu melahirkan bayi sangat memberi pengaruh faktor positif kepada jiwa isteri. Kebanyak hospital atau pusat bersalin telah mengamalkan cara ini iaitu dengan membenarkan kehadiran suami di sisi isteri.
  • Pada saat semakin hamper waktu melahirkan, ibu akan dilanda perasaan sakit yang sangat hebat. Kadang-kadang hingga tidak sedarkan diri. Untuk mengatasi gelodak jiwa atau perasaan sakit ini, kehadiran suami sebagai pendamping isteri dapat membantu memberikan hasil yang positif terhadap proses bersalin.
  • Suami akan berasa simpati dan empati terhadap pengorbanan isteri. Selanjutnya, keakraban ini dapat dilanjutkan dalam kebahagiaan rumahtangga.
  • Suami yang berada di samping isteri memberikan sokongan moral dengan merangsang isteri supaya bertenang dan mengatur nafas dengan teratur. Pada saat kemuncaknya bayi akan dilahirkan, suami mengajak isteri mengucapkan Allahuakbar. Apabila bayi sudah lahir, suami mengingatkan isteri melontarkan suara Alhamdulillah sebanyak 3 kali.
Beli ebook bersalin alami di sini http://bersalinalami.blogspot.my/

Thursday, January 5, 2017

Apa yang Suami Perlu Lakukan Semasa Isteri Sedang Bersalin?

Oleh : Iryani Ahmad

Menanti kelahiran bayi adalah saat yang paling mendebarkan bagi kaum bapa. Lebih-lebih lagi menantikan kelahiran anak pertama. Kadang-kadang, kaum bapa lebih runsing daripada kaum ibu. Apa yang perlu dilakukan semasa isteri tersayang sedang berjuang melahirkan zuriatnya? Sebagai seorang suami, kita tidak perlu runsing kerana ia hanya mengusutkan keadaan. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh si suami untuk mengatasinya. Antaranya ialah :

1.    Persediaan Peralatan Bayi

Tidak usah membeli banyak. Cukup sekadar membeli keperluan penting seperti lampin, sepasang dua pakaian bayi, beberapa pasang sarung tangan dan sarung kaki, tuala kecil dan minyak urutan bayi.
Barang-barang lain seperti kerusi tolak bayi, katil bayi dan alat permainan boleh dibeli selepas bayi dilahirkan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku di luar jangkaan. Bersedia sekadar bersederhana.

Memastikan beg yang mengandungi keperluan ibu dan bayi dibawa bersama ke hospital seperti kad pengenalan ibu, buku pemeriksaan mengandung, baju ibu, kain batik, stokin, minyak panas, kurma, air selusuh dan lain-lain.

Beli ebook bersalin alami di sini http://bersalinalami.blogspot.my/